Fikiran tidak aman apabila penyangak berani beroperasi 24 jam

ADAT berjiran atau bersabahat, kenalan yang bertandang tentunya akan dijemput masuk ke dalam rumah walaupun hari sudah lewat malam. Tanpa perasaan syak wasangka, tetamu dilayan seperti biasa. Malangnya siapa tahu niat sebenar orang yang bertandang itu? Niat baik akhirnya dibalas dengan kejahatan. Itulah kisah yang berlaku di Besut pada Jumaat lalu. Seorang wanita warga emas, 54 dan cucu lelakinya berusia 10 tahun cedera dipukul dengan kayu oleh kenalan lamanya yang menyamun mereka di rumah. Kejadian berlaku ketika mangsa hendak masuk tidur pada pukul 11.45 malam. Akibatnya, gelang bernilai RM1,000 lesap…

Read More

Biarkan Zaid Ibrahim pertahan Khalid Ibrahim cabar Anwar Ibrahim

KETIKA Barisan Nasional (BN) masih berteka-teki mengenai sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tiba-tiba muncul satu nama yang mahu bertanding atas tiket Bebas. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mahu mencabar Anwar Ibrahim bagi memastikan Khalid Ibrahim tidak disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar (MB) Selangor. Dalam erti kata lain, Zaid, bekas anggota PKR dari Kelantan, tidak mahu Anwar, dari Pulau Pinang mengetuai kerajaan negeri. Benar kata Zaid, jika Khalid dari Selangor mahu disingkirkan biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi…

Read More

Kempen awal PRK ciptaan PKR ‘ganggu’ penduduk

KHABAR dari Permatang Pauh memaklumkan. Anwar Ibrahim telah menjelaskan kepada ‘sebahagian kecil pengundi dan penduduk’ di kawasan itu mengenai keputusannya ‘berhijrah’ ke Kajang. Maksud ‘sebahagian kecil’ adalah kerana jumlah yang hadir pada perjumpaan itu tidak ramai. Mungkin pengundi dan penduduk Permatang Pauh sudah tahu niat sebenar wakil rakyat mereka. Siapa sangka seorang pemimpin yang begitu gah di Permatang Pauh sanggup menawarkan diri untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor. Alangkah baiknya jika beliau bertanding di kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Mana…

Read More

Berapa banyak lagi siri episod ‘drama’ Kajang?

DAP akan patuh, Pas akur sahaja. Itu kesimpulan yang sudah pasti diambil apabila Anwar Ibrahim dicalonkan pada hari p-namaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lama lagi. Pada peringkat awal ini, DAP dan Pas masih boleh bersandiwara dengan memberi pelbagai alasan – tidak tahu-menahu atau tidak dibincangkan bersama rakan-rakan pakatan. Hakikatnya jawapan akhir dalam isu Kajang ini, DAP tetap DAP dan Pas tetap Pas. Apabila Anwar ‘turun’ ke gelanggang, mana ada pihak yang berani menghalangnya. Suara-suara ‘nakal’ seperti terkejut, tidak puas hati seperti yang dinyatakan…

Read More

Jaga perasaan majoriti ketika minoriti bebas kekalkan identiti, agama, budaya

MINGGU kedua tahun baharu 2014, saya berkesempatan ke Ho Chi Minh, yang dulunya dikenali sebagai Saigon. Pusat bandar di Vietnam ini terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Seperti bandar raya lain, Ho Chi Minh juga mempunyai sejarah tersendiri. Bagi yang pernah sampai ke sana, sudah tentu dapat membayangkan serba sedikit mengenai bandar raya ini. Kesesakan kenderaan memang ada tetapi yang agak istimewa ialah melihat motosikal yang menguasai jalan raya. Maksudnya bukan seperti mat rempit di Malaysia yang ‘menguasai’ jalan raya tetapi jumlah kenderaan itu termasuk…

Read More

Awasi ‘formula kemusnahan’ adab sopan orang kita

DULU, media cetak dan elektronik terutama media arus perdana sering dipersalahkan kerana berita yang kurang enak serta menampilkan gambar yang dianggap menjolok mata. Media dipersalahkan kerana laporan sedemikian kononnya akan menimbulkan masalah sosial. Teguran ini juga pernah dimasukkan dalam khutbah Jumaat. Itu cerita dulu. Kini keadaan sudah berubah. Dalam era ‘langit terbuka’, media cetak dan elektronik arus perdana tidak mampu lagi menyekat dan menapis maklumat. Di luar media arus perdana, sudah ada kebebasan penyebaran maklumat. Baik atau buruk, maklumat sudah ada di hujung jari, 24 jam, berlegar tanpa henti-henti. Anak-anak…

Read More

‘Permainan’ harga mampu ‘rosakkan’ sebuah kerajaan

MACAM-MACAM hal berlaku sepanjang pembuka tirai tahun baharu 2014. Satu persatu isu dibicarakan. Ada yang sambut tahun baharu dengan gaji dan elaun baru, kereta baharu, cuti hujung minggu baharu, cukai pintu baharu dan paling menggusarkan ‘harga baharu’ yang melibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Begitu juga dengan bergema kembali isu penggunaan kalimah Allah dan terkini Hard Rock Cafe (HRC) di Putrajaya. Semua isu ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dan kemarahan terutama dalam kalangan orang Melayu. Isu kalimah Allah sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik jika semua pihak menghormati keputusan mahkamah dan…

Read More