Bala atau bencana alam, jadikan iktibar, kukuhkan solidariti

BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul. Jika kita sedih membaca rintihan dan keluhan, lebih sedih dan menderita mangsa yang mengalaminya. Itulah ungkapan kepada suasana yang berlaku di negeri-negeri yang sedang dilanda banjir terutama di Kelantan, negeri yang mendapat jolokan sebagai negeri Serambi Mekah. Banyak kawasan di Kelantan dilanda banjir. Kota Bharu Bandar Raya Islam tenggelam. Stadium Sultan Muhammad IV yang pernah mencatat ru­suhan ketika perlawanan bola sepak dan mencetuskan doa kontroversi akibat fahaman politik berbeza turut tenggelam. Stadium bertukar menjadi kolam. Sama ada ia dianggap satu kemurkaan Allah untuk…

Read More

PTPTN: Peminjam perlu pegang konsep pinjaman wajib dibayar

SETIAP tahun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan dana sebanyak RM5 bilion untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. Akibat kekangan kewangan yang turut dipengaruhi oleh sikap liat penerima bantuan atau pinjaman itu, mulai 1 November lalu, PTPTN terpaksa menyusun semula kadar pembiayaan iaitu bagi pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pinjaman dikurangkan sebanyak lima peratus dan 15 peratus pula untuk pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Bagaimanapun jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengu-rangan…

Read More

Sekadar di pinggiran, Pas ikut telunjuk DAP?

HUDUD dan siapa Perdana Menteri (PM) pakatan DAP-Pas-PKR (3P) jika memenangi pilihan raya umum (PRU) timbul lagi. Isu ini pernah dibangkitkan tidak lama dulu. Dua isu inilah yang menghantui pemikiran pemimpin pakatan – Hudud dan PM. Belum ada kata sepakat mengenainya. Semalam, DAP mahu kedua-dua isu itu diputuskan sebelum berlangsung Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu pakatan itu menjelaskan pendirian bahawa 3P tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang PRU. Pendirian itu penting supaya pakatan 3P mempunyai dasar yang jelas, konsisten dan meyakinkan rakyat…

Read More

Langkah Palanivel selepas patuhi arahan ROS

SEJARAH hitam dalam parti politik sudah menjadi lumrah. Setiap parti politik sama ada yang lama atau baharu akan menghadapi situasi ini. Jika diselak semula sejarah, pelbagai masalah dalaman berlaku, kebanyakannya berpunca daripada pemilihan dalam parti. Gara-gara pemilihan, UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah dibatalkan pendaftarannya. Begitu juga MCA yang sering berhadapan krisis kepemimpinan. Gerakan, PPP serta parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak juga tidak sunyi daripada masalah dalaman yang ada juga berpunca daripada pemilihan. Apa yang membezakan, sama ada parti itu dibatalkan pendaftaran, mengadakan…

Read More

Melakukan peremajaan secara berhemah

APAKAH langkah susulan selepas 2,752 perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2014 meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin? Kehadiran mereka serta ribuan pemerhati dari Perlis hingga ke Sabah sekurang-kurangnya tiga hari dua malam di Kuala Lumpur tidak seharusnya berakhir begitu sahaja. Semangat Dewan Merdeka tidak seharusnya luntur sebaik sahaja mereka melintasi Plaza Tol Sungai Besi, Plaza Tol Jalan Duta, Plaza Tol Gombak atau sebaik sahaja pesawat meninggalkan KLIA atau klia2. Adakah kehadiran mereka sekadar memenuhi keperluan selepas dipilih di peringkat bahagian atau hanya mengambil kesempatan untuk ‘berehat’ pada musim cuti sekolah?…

Read More

Ruang dan harapan kepada profesional, orang muda

SEKALI lagi minggu ini, anggota UMNO dari seluruh negara akan ‘berkampung’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok dan berakhir Sabtu ini. Anggota UMNO terutama yang dipilih sebagai perwakilan harus bersyukur kerana terus berpeluang memasuki Dewan Merdeka kerana kuasa masih di tangan mereka. Ingatlah apabila kuasa sudah beralih, walaupun itu menjadi milik UMNO, belum pasti berapa lama ‘harta’ itu mampu bertahan. Bagi anggota UMNO yang mempunyai pengalaman berada di negerinegeri yang sudah beralih tangan,…

Read More

Gerak-geri, perbuatan sentiasa diperhatikan

MINGGU lalu, Selak memperkatakan tentang punca Islam dan Melayu diperlekehkan adalah disebabkan oleh masyarakat itu sendiri. Di bawah tajuk Punca kedudukan Melayu, Islam diperlekehkan, orang Melayu beragama Islam sendiri yang mencetuskan polemik dalam masyarakat sama ada melalui ucapan atau tindakan mereka. Akhirnya ia menjadi bahan perbincangan bukan sahaja oleh kelompok masyarakat itu sendiri tetapi juga orang lain. Beberapa tindakan pelik yang bertentangan dengan adat susila agama dan bangsa dilakukan kononnya atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Dalam sesuatu isu, ada orang Melayu dan Islam me-nyokong dan sebilangan yang…

Read More

Punca kedudukan Melayu, Islam diperlekehkan

KE MANA Melayu dengan Islamnya? Persoalan ini bukan bertujuan menuntut jawapan yang tuntas. Cukuplah sekadar untuk mengajak kita berfikir tentang kemungkinan yang bakal berlaku jika kedudukan Melayu dan Islam tidak diperkukuhkan. Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak ambil pusing atau tidak kisah dengan apa yang berlaku kepada orang Melayu dan Islam. Bagi mereka, apa yang hendak dirisaukan kerana Melayu Islam masih boleh melakukan ibadah tanpa sekatan. Larangan azan menggunakan pembesar suara atau membaca al-Quran pada waktu Subuh hanyalah satu perkhabaran yang tidak betul, propaganda yang digembar-gemburkan. Begitu juga peluang…

Read More

Bangkit tawan semula atau biarkan mereka terus berkuasa

DALAM beberapa siri `perjumpaan’ bulan lalu, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) diberi peringatan dan teguran berhubung prestasi masing-masing pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Peringatan itu dibuat oleh Pengerusi BN, Najib Tun Razak pada perhimpu-nan agung MCA dan Gerakan. Tidak ketinggalan juga UMNO melalui Konvensyen UMNO Selangor yang berlangsung kelmarin. Selepas 18 bulan PRU, parti-parti politik sudah tentu mempunyai pelbagai strategi untuk menghadapi PRU berikutnya. Dalam tempoh itu, banyak analisis dibuat berhubung kemenangan dan kekalahan. Sekarang adalah masa untuk memperkemaskan jentera parti supaya apabila tiba masanya, pengundi-pengundi sedar kenapa parti-parti…

Read More

Bahasa, sastera, dunia cetak dan budaya membaca

TAHNIAH kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang berjaya menghimpunkan penulis-penulis seluruh negara di Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM). Begitu juga sokongan yang diberikan Bina Darulaman Berhad (BDB), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM). SKPM bermula Jumaat dan berakhir semalam menghimpunkan penulis-penulis tersohor negara. Banyak yang diperkatakan sepanjang SKPM termasuk isu-isu berkaitan nasib penulis, masa depan penulisan/penerbitan, isu-isu bahasa, perpaduan, memartabatkan sastera dan macam-macam lagi. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula mengumumkan penubuhan Yayasan Penulis Malaysia semasa merasmikan SKPM itu. Banyak perkara yang…

Read More