Nilai nyawa orang awam semakin murah

TAKZIAH kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat MH17. Jika benar pesawat itu ditembak, jelaslah nyawa orang awam seperti tidak ada nilainya. MH17 bukannya pesawat tentera yang menceroboh ruang udara. tetapi pesawat penerbangan awam milik MAS yang membawa pelbagai latar belakang manusia di laluan yang dibenarkan. Nilai nyawa manusia juga be-gitu murah di Gaza. Orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis. Sama ada melibatkan penumpang MH17 atau penduduk Gaza, mereka menjadi mangsa sikap tidak perikemanusiaan. Kecanggihan senjata kini bebas membunuh. Ini bukan kali…

Read More

Musuh tidak takut lagi, penduduk Palestin diusir secara halus

BUMI Gaza dibedil lagi. Jumlah kematian di pihak Palestin terus meningkat. Begitu juga dengan mangsa yang cedera. Hospital sesak. Ubat-ubatan tidak mencukupi. Banyak rumah ranap. Masjid turut runtuh terkena bom. Penduduk di Genting Gaza dilanyak oleh rejim Zionis. Apakah kesudahannya? Yahudi terus mengganas tanpa mempedulikan rayuan masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Rejim Yahudi akan terus mencari kepuasan dengan alasan mahu menggempur pejuang Hamas tetapi yang menjadi mangsa adalah orang awam termasuk kanak-kanak. Begitulah apabila sifat kebinatangan menguasai manusia. Siapa pun yang memimpin Israel, keadaannya sama. Di tangan mereka…

Read More

Hati-hati bercakap soal ‘kebajikan’ gelandangan, peniaga pada bulan Ramadan

ESOK genaplah 10 hari umat Islam berpuasa. Secara keseluruhannya, tidak ada masalah untuk kita di Malaysia menjalani ibadah pada bulan yang mulia ini. Semua selesa dan selamat untuk berpuasa, menunaikan solat sunat tarawih, witir, tadarus al-Quran, menjalankan aktiviti kebajikan dan mencari rezeki di bazar Ramadan. Sama ada menjual juadah berbuka atau persiapan hari raya, semuanya dapat berniaga dengan baik. Malangnya pada masa yang sama, ada beberapa isu menyentuh soal kebajikan dan mencari rezeki ini timbul pada minggu pertama Ramadan. Pertama mengenai isu ‘mengawal’ dan ‘menghukum’ pihak yang mahu memberi bantuan…

Read More

Kekalkan momentum malam pertama hingga ke final!

SYUKURLAH kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, sekali lagi kita dipertemukan dengan Ramadan dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa. Bersyukur juga kerana umat Islam di Malaysia dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana yang baik. Renungi sejenak apakah nasib rakan-rakan seagama kita di Rohingya, Somalia, Palestin serta di negara-negara yang berdepan dengan krisis. Bagaimana kehidupan mereka pada bulan puasa ini? Ramadan bukan sekadar bulan untuk menahan lapar dan dahaga tetapi terlalu banyak ibadah lain yang boleh dilakukan. Berdasarkan kelebihan yang ada ini, janganlah kita membiarkan Ramadan berlalu dengan…

Read More

Tanpa kuat kuasa, pewartaaan sekadar tempelan

ENTAH premis yang ke berapa kawasan berbumbung dan tertutup sekitar kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Boleh dikatakan saban tahun ada sahaja premis baru diwartakan. Difahamkan Kementerian Kesihatan sehingga kini mewartakan 20 kategori tempat awam yang dilarang merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Selain itu, kementerian dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri juga mewartakan zon-zon larangan merokok yang khusus di negeri-negeri, terutama di kawasan tumpuan pelancong dan orang awam. Langkah itu adalah bagi melindungi orang awam daripada terdedah kepada asap tembakau. Harus diingat…

Read More

Makanan, bukan sekadar halal tetapi jaminan kebersihan

SEPANJANG minggu lalu, isu halal haram menjadi tumpuan masyarakat Islam. Sekali sekala isu ini timbul menyebabkan masyarakat semakin prihatin mengenai status halal barangan makanan mereka seharian. Malangnya ia sekadar dikaitkan dengan makanan, tidak meliputi beberapa perkara lain yang menjadikan makanan halal bertukar sebagai haram. Hakikatnya, konsep halal haram ini amat luas. Banyak perkara atau tindakan yang dilakukan tidak mengikut hukum hakam Islam yang akhirnya membawa kepada apa yang kita makan itu haram walaupun mempunyai status halal. Mungkin kita lupa atau sengaja buat-buat tidak tahu mengenai bagaimana kita memperoleh pendapatan sama…

Read More

Selepas tiga bulan MH370 tidak boleh dibiarkan ‘hilang’

SEMALAM, genap tiga bulan kehilangan misteri pesawat MH370. Dunia masih tercari-cari ke mana pesawat yang membawa 227 pe-numpang dan 12 anak kapal itu. Pesawat itu hilang daripada imbasan radar semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu. Gerakan mencari melibatkan 26 buah negara, bermula di Laut China Selatan, kemudian diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman, sebelum ke perairan di barat Australia di selatan Lautan Hindi, separuh jalan ke Antartika. Mungkin dalam sehari dua kehilangan itu, banyak pihak menjangka…

Read More

Teluk Intan suntikan semangat kepada Gerakan

MAJORITI satu undi juga satu kemenangan. Inikan pula 238 undi. Dalam pilihan raya umum (PRU) lalu ada calon yang menang kurang daripada jumlah tersebut. Di P220 Baram, Sarawak, calon BN menang dengan majoriti 194 undi mengalahkan calon PKR. Maka kemenangan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan kelmarin amat bermakna. Pertama, BN menambah jumlah undi yang diperoleh pada PRU lalu daripada 20,086 kepada 20,157 sementara DAP pula mengalami kemerosotan undi daripada 27,399 kepada 19,919. Kedua, Siew Keong kembali menjadi wakil rakyat di kawasan yang sama…

Read More

Kebiadaban tidak mampu disekat lagi

HEBOH satu Malaysia mengenai perkataan celaka yang dituturkan oleh wakil rakyat DAP di Pulau Pinang, RSN Rayer. Ramai yang marah dengan kata-kata celupar itu dan mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima itu menarik balik perkataan itu. Apa yang hendak ditarik balik? Kata sudah diucap. Ini bukan soal terlajak perahu. Kata-kata yang menghiris perasaan sudah diucap. Satu dunia tahu mengenainya. Apa lagi yang mahu diperbaiki? Dunia ‘tanpa sempadan’ mengajar kita untuk bercakap apa sahaja tanpa mengira sensitiviti orang lain. Lebih-lebih lagi yang turut bercakap tanpa mengira perasaan orang lain…

Read More

Melihat strategi BN, DAP sepanjang PRK Teluk Intan

SEPERTI ada yang tersurat dan tersirat apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak ‘tidur’ dan mendiamkan diri sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mulai hari ini. Hasrat BN tentulah ingin mengambil balik kerusi yang pernah dimenanginya melalui wakil yang sama, Mah Siew Keong. BN perlu ‘bangun’ selepas ‘berehat’ ketika kempen PRK Parlimen Bukit Gelugor yang sedang berlangsung. Eloklah seluruh jentera BN digerakkan ke Teluk Intan. UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta parti mesra BN boleh memainkan peranan untuk memenangi semula…

Read More