Ustaz Rock ‘beruntung’ bawa jemaah OKU
SEPANG 2 Mei – Membawa jemaah umrah yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) penglihatan pastinya akan berdepan pelbagai cabaran tetapi disebabkan ‘keistimewaan’ mereka, perjalanan ibadah itu menjadi lebih istimewa berbanding jemaah yang normal. Begitulah pandangan mutawif Mohd Firdaus Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ustaz Rock, 35 yang berjaya memimpin 30 jemaah OKU penglihatan, 20 daripada mereka hilang penglihatan sepenuhnya menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Katanya , merekalah sebenarnya yang membuka laluan VIP ketika di Makkah dan Madinah malahan ketika membeli makanan pun (restoran ayam Al Baik) diberi keutamaan…
Read MoreVaksin: KKM minta penjelasan AstraZeneca
HULU SELANGOR 2 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meminta penjelasan daripada firma Farmaseutikal AstraZeneca berhubung vaksin Covid-19 yang mereka bangunkan boleh menyebabkan kesan sampingan jarang berlaku. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya akan meminta wakil daripada firma terbabit untuk membuat penjelasan dengan lebih teliti dan telus. “Kita boleh minta wakil AstraZeneca untuk membuat penjelasan dengan lebih teliti. Saya lebih mahu kalau ia menyebut secara telus kepada semua rakyat dan media. Mereka mesti bertanggungjawab seperti mana kita juga mesti bertanggungjawab. Tak ada apa yang mahu kita sembunyikan dan kita…
Read MoreDesakan undur timbul di media sosial
KANGAR 2 Mei – “Saya masih Menteri Besar Perlis,” demikian tegas Mohd Shukri Ramli, susulan wujud desakan beliau meletak jawatan berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu berkata, beliau akan terus fokus untuk menguruskan negeri dan melihat desakan untuknya berundur itu sekadar timbul dalam media sosial dan bukan di peringkat parti atau pentadbiran negeri. “Itu hak semua sebab negara ini beri kebebasan untuk bercakap, jadi bagi ruang kepada mereka tetapi saya masih Menteri Besar Perlis. Desakan (letak jawatan)…
Read More80,000 kemuka rayuan tunai haji
SEPANG 2 Mei – Kuota haji hanya 31,000, mungkin sudah dipenuhi tetapi Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan bagi musim haji 1445H/2024M yang dibuka mulai 26 Januari lepas dan akan ditutup pada 8 Mei ini. Pengarah Eksekutif Haji TH, Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, TH masih melihat jika ada kekosongan kuota dan akan mengisi dengan permohonan rayuan yang ada. “Dari segi kekosongan ia agak terhad, jadi kita akan utamakan rayuan mahram dahulu,” katanya kepada pemberita di majlis pelepasan petugas haji di sini hari ini. Dalam pada itu,…
Read MoreTH bersedia hadapi bencana di Tanah Suci
SEPANG 2 Mei – Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai program pengurusan bencana yang didokumen dan sentiasa dipraktikkan melalui simulasi sebagai persediaan berdepan sebarang bencana tidak diingini di Tanah Suci pada musim haji tahun ini. Pengarah Eksekutif Haji TH, Syed Saleh Syed Abd Rahman, berkata pihaknya juga turut berbincang dengan semua pemegang taruh sama ada di Malaysia dan Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah dan urusan haji tidak terjejas akibat bencana yang berlaku. Beliau berkata, sebelum ini jemaah haji Malaysia pernah berdepan banjir kilat di Tanah Suci dan masalah itu dapat…
Read MoreCuaca panas dijangka sehingga Julai
KOTA BHARU 2 Mei – Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. Katanya, beberapa negeri iaitu Kelantan, Perlis dan Kedah mengalami cuaca yang lebih panas berbanding Kuala Lumpur dan negeri lain dan ada juga ramalan mengatakan tahun ini adalah paling panas selepas 1998. Beliau berkata, jika ikut trend biasa berdasarkan laporan yang diterima, sepatutnya cuaca sudah mula beralih dan hujan akan datang, tetapi keadaan ini mungkin sebulan atau dua bulan…
Read MorePapagomo didakwa menghasut
KUALA LUMPUR 2 Mei – Wan Muhammad Azri Wan Deris, 41 atau lebih dikenali Papagomo, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Bagaimanapun, bekas Exco Pemuda UMNO itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali. Mengikut pertuduhan, Papagomo didakwa membuat penerbitan menghasut menerusi aplikasi X ‘Sir Azri’ di sebuah kondominium di Bukit Bintang di sini, pukul 12 tengah hari, Isnin lalu. Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang…
Read MorePermintaan perjalanan udara kukuh
SEPANG 2 Mei – Permintaan perjalanan udara adalah kukuh dan terdapat setiap petunjuk bahawa ia dijangka tinggi pada musim panas Hemisfera Utara, kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Willie Walsh. “Kita mesti mempunyai kapasiti untuk memenuhi permintaan ini dan memastikan pengalaman perjalanan yang lancar untuk penumpang,” kata Walsh dalam satu kenyataan. Menurut Walsh, walaupun syarikat penerbangan bersedia menyediakan bantuan kepada pelanggan apabila timbul isu berkaitan operasi, penumpang bosan kerana perlu menanggung kos apabila berlaku kelewatan dan pembatalan akibat kelemahan untuk melakukan persediaan di bahagian lain rantaian nilai itu.…
Read More