Cuaca panas dijangka sehingga Julai

KOTA BHARU 2 Mei –  Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, beberapa negeri iaitu Kelantan, Perlis dan Kedah mengalami cuaca yang lebih panas berbanding Kuala Lumpur dan negeri lain dan ada juga ramalan mengatakan tahun ini adalah paling panas selepas 1998.

Beliau berkata, jika ikut trend biasa berdasarkan laporan yang diterima, sepatutnya cuaca sudah mula beralih dan hujan akan datang, tetapi keadaan ini mungkin sebulan atau dua bulan lagi.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan memantau perkara ini,” katanya  pada sidang media selepas merasmikan Kampung Angkat Madani di Kampung Aril, Pauh Lima, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya ada menerima permintaan daripada Kelantan dan syarikat air untuk melakukan pembenihan awan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan diputuskan oleh MetMalaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Pembenihan awan tidak boleh dibuat suka-suka sebaliknya perlu memenuhi syarat tertentu. Malah kos juga adalah tinggi,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment