Tiga pegawai kanan polis ditahan

KUALA LUMPUR 3 Mei –  Tiga pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisoner, Deputi Superitendan dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dalam satu kenyataan malam ini memberitahu, polis turut membuka kertas siasatan berhubung kes itu. “Kita memberi jaminan akan menjalankan siasaran secara menyeluruh. Ketika disoal siasat pada peringkat awal, kesemua suspek menafikan penglibatan mereka dalam kes itu. “Ketika ini kita sedang giat mengumpul maklumat risikan serta bukti secukupnya bagi memastikan kesemua…

Read More

‘Hadam’ laporan kebebasan media

PUTRAJAYA  3 Mei –  Kementerian Komunikasi akan merangka usaha yang lebih mapan pada masa hadapan susulan laporan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia jatuh 34 anak tangga ke kedudukan ke-107 berbanding 73, tahun lalu. Menterinya, Fahmi Fadzil memaklumkan, pasukannya akan menghadam laporan berkenaan dan menerima laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) itu dengan hati terbuka. “Banyak yang perlu dimuhasabah, dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta sebaran maklumat palsu,” katanya di laman X. Kedudukan Malaysia turun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata…

Read More

PRM sasar tidak hilang deposit

HULU SELANGOR 3 Mei – Bertanding untuk menang, tetapi sudah cukup bersejarah jika  tidak hilang deposit atau undi diperoleh meningkat berbanding 527 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos lalu. Begitulah harapan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Ahmad Jufliz Faiza terhadap calonnya Hafizah Zainudin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Ahmad Jufliz berkata, PRM realistik dalam meletakkan sasaran untuk tidak kehilangan deposit berikutan sedar berdepan dua pakatan gergasi sebagai saingan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). “Kami perlu menunjukkan kami parti…

Read More

Titah Adendum: Kerajaan perlu jelaskan hal sebenar

KUALA LUMPUR 4 Mei – Kerajaan bertanggungjawab menjelaskan perkara sebenar selain mengambil langkah bermaruah membetulkan situasi berhubung isu Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan di rumah Najib Razak. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana taruhannya sangat besar,  bukan sahaja melibatkan kesejahteraan diri seorang individu namun lebih penting ialah kemaslahatan negara dan rakyat serta keutuhan sistem kenegaraan. “Kita tidak boleh biarkan sistem kenegaraan terus ditekan dan dicabar oleh kelemahan atau kegagalan kerajaan sekarang serta kepemimpinannya,” katanya dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, Pas juga mendapati tindakan Timbalan…

Read More

Kad Nusuk tingkat kecekapan operasi

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan kad jemaah haji Nusuk yang diperkenalkan pada musim haji tahun ini sebagai sebahagian usaha berterusan menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji. Kad Nusuk bertujuan meningkatkan kecekapan prosedur operasi musim haji bagi memudahkan ibadah dan mengurangkan individu mengerjakan haji secara haram. Ia direka bentuk supaya mudah dibaca secara automatik dan memudahkan pekerja haji mengenal pasti serta mengesahkan identiti jemaah, membantu menghalang individu yang tidak dibenarkan memasuki Tanah Suci, sekali gus dapat melindungi keselamatan jemaah. Kementerian berkata kad itu dikeluarkan dalam format digital…

Read More

Hadiah Kebebasan Akhbar wartawan Palestin

PARIS: Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semalam menganugerahkan hadiah kebebasan akhbar kepada wartawan Palestin yang membuat liputan perang di Gaza. “Dalam tempoh kegelapan dan putus asa ini, kami ingin berkongsi mesej solidariti dan pengiktirafan yang kuat kepada wartawan Palestin yang membuat liputan krisis ini dalam keadaan yang dramatik. “Sebagai manusia, kita terhutang kepada keberanian dan komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara,” kata Ketua Juri Antarabangsa Media, Mauricio Weibel. Ketua Pengarah di organisasi PBB untuk pendidikan, sains dan budaya, Audrey Azoulay, pula berkata hadiah itu memberi penghormatan kepada…

Read More

Keganasan terhadap wartawan alam sekitar

SANTIAGO: Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mendakwa, wartawan alam sekitar menghadapi peningkatan keganasan di seluruh dunia termasuk oleh pihak berkuasa negara. Lebih 70 peratus daripada 905 wartawan yang ditinjau oleh agensi itu di 129 negara berkata mereka diserang, diancam atau ditekan, dan keganasan terhadap mereka semakin serius dengan 305 serangan dilaporkan dalam tempoh lima tahun lalu. Menurut pertubuhan dunia itu, 44 wartawan dibunuh antara 2009 dan 2023. UNESCO dalam laporannya menyenaraikan mengenai serangan fizikal seperti kecederaan, penahanan dan gangguan, serta tindakan undang-undang, antara lainnya tuntutan undang-undang…

Read More

TVET atasi kekurangan 30,000 jurutera

KOTA BHARU 3 Mei – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini. Beliau berkata, selain itu, menjadi tuntutan pada zaman sekarang untuk memberi tumpuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) supaya tidak ketinggalan. “Saya menyebutnya di hadapan semua kepimpinan dalam negara apa kebimbangan kita mengenai nilai soal akhlak, soal entiti kita sebagai rakyat Malaysia dan soal budaya kita supaya dalam mempertahankan teknologi baru ini. Kita juga berupaya mempertahankan akidah dan akhlak kepada kefahaman agama kita,” katanya…

Read More

Awam, swasta atasi kekurangan jururawat

KUALA LUMPUR 3 Mei – Kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membantu mengatasi kekurangan petugas kejururawatan yang diunjurkan kepada hampir 60 peratus menjelang 2030. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya menyokong kerjasama itu untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan. “Saya menyokong hasil (kerjasama) daripada pihak swasta untuk sama-sama kita membangunkan bukan sahaja fasiliti-fasiliti kesihatan tetapi (juga) sumber manusia. “Kita boleh bina hospital (secara fizikal) tetapi yang mustahaknya juga adalah kakitangan itu, bukan hanya doktor dan pakar tetapi juga sama penting, jururawat itu sendiri. Mutakhir kita mengalami kekurangan…

Read More