SUSULAN kelewatan penghantaran vaksin, Turki melanjutkan tempoh selang antara dua dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer and BioNTech, daripada 28 hari kepada enam hingga lapan minggu. Menteri Kesihatan Fahrettin Koca memberitahu, keputusan diambil selepas perbincangan dengan Ketua Eksekutif BioNTech, Ugur Sahin. Sebanyak 8.7 juta orang telah menerima vaksin penuh. Selain Pfizer, Turki turut menandatangani perjanjian untuk menerima 50 juta dos vaksin Sputnik V dalam masa enam bulan, dengan pengiriman pertama dijangka tiba pada Mei. Beliau menjangkakan, negara Asia Barat itu akan menghadapi kekurangan vaksin dalam beberapa bulan akan datang, tetapi akan…
Read MoreMedia Hari Ini 29.04.2021
Thailand catat 2,012 kes baharu
BANGKOK 28 April – Thailand merekodkan 2,012 kes baharu Covid-19 dengan 15 kematian yang menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 61,699 manakala kematian 178 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kematian melibatkan 11 lelaki dan empat wanita berumur antara 35 hingga 88. Sembilan daripada mereka di Bangkok, dua di Chiang Mai dan Samut Prakan dan setiap satu di Chon Buri dan Ranong. Daripada 2,012 kes baharu dalam tempoh 24 jam, 2,001 adalah kes jangkitan tempatan dan 11 import. Bangkok merekodkan 830 kes baharu, Samut Prakan 161, Chon Buri 108, Nonthaburi…
Read MoreArab Saudi catat 1,062 kes
RIYADH 28 April – Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan 1,062 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 415,281 kes Dalam tempoh 24 jam itu, 13 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,935 kematian. MoH juga merekodkan 867 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 398,454. Riyadh merekodkan 458 kes diikuti Makkah 231 dan enam di daerah Timur. Kes aktif pula adalah 9,892 di mana 1,298 kritikal .
Read MoreKes di Filipina kini 1,020,495
MANILA 28 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 6,895 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,020,495 dengan kes aktif 67,769. Setakat pukul 4 petang, 10,739 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 935,695 orang pulih atau 91.7 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama, 115 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah terkumpul 17,031 kematian.
Read More7 lokaliti di Pahang kena PKPD
KUALA LUMPUR 28 April – Tujuh lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 29 April hingga 12 Mei depan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu, turut dikenakan perintah yang sama adalah masing-masing satu di Kelantan dan Negeri Sembilan. Di Kelantan membabitkan Maahad Tahfiz Al Azhari (MTAZ) di Machang setelah kes menular dalam kalangan warga MTAZ dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi berdasarkan trend pertambahan kes baharu . Manakala PKPD di lokaliti di Negeri Sembilan pula melibatkan Kampung Bangkahulu di Gemas di mana…
Read More11 kluster baharu, 376 aktif
PUTRAJAYA 28 April – Terdapat 11 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), masing-masing tiga kluster tempat kerja dan kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. Jumlah keseluruhan kluster pula adalah 1,614 tetapi 1,247 telah tamat termasuk dua kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Industri Subang dan Kluster Tapak Bina Tanjung. Sebanyak 376 kluster aktif di mana 72 menambah kes baharu termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Jalan Kempas Muar (66 kes), Kluster Putai…
Read MoreSelangor lepasi 1,000 kes
PUTRAJAYA 28 April – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,019 kes (32.4 peratus) berbanding 750 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 819 kes (80.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes (14.0 peratus). Selangor: 1,019 kes 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 40 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gombak Dua, Kluster Jalan Sekinchan, dan Kluster Leboh Gambus; 759 kes daripada saringan…
Read MoreMelonjak melebihi 3,000
PUTRAJAYA 28 April – Kes jangkitan baharu Covid-19 melonjak melebihi angka 3,000 hari ini apabila merekodkan 3,142 kes, berbanding 2,733 semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 401,593 kes. Kali terakhir negara mencatatkan angka melebihi 3,000 adalah pada 25 Februari lalu sebelum kes jangkitan harian menurun. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes, 3,129 adalah kes tempatan manakala 13 import. Sebanyak lima kes (0.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan pusat tahanan yang membabitkan Kluster Pagar Sri Lalang (3 kes) dan Kluster Tembok…
Read MoreData Covid-19 bukan rekaan
PUTRAJAYA 28 April – Data dan laporan analisis harian Covid-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah sahih dan tepat serta dikendalikan mengikut prosedur tertentu, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba. Beliau yang menolak dakwaan kononnya data Covid-19 di negara ini hanya ciptaan dan direka berkata, semua keputusan ujian yang dijalankan sama ada di klinik kesihatan kerajaan, hospital mahupun fasiliti perkhidmatan kesihatan swasta wajib dimuat naik ke dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA). Sistem itu dipantau oleh KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri dan Makmal Kesihatan Awam…
Read More