KUALA LUMPUR 29 April – Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19, setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam Rabu. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital. Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Kementerian berkata, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian berjalan dengan lancar. Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan…
Read MoreCovid-19: Hospital swasta penuh
KUALA LUMPUR 29 April – Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berharap masyarakat lebih bertanggungjawab untuk mencegah penularan acovid-19 serta mematuhi semua SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan. Presidennya Dr Kuljit Singh berkata, ini kerana sebilangan besar hospital swasta khususnya di Lembah Klang, tidak dapat menerima lagi pesakit Covid-19 berikutan peningkatan jumlah pesakit tersebut di fasiliti mereka dalam tempoh 14 hari. Katanya, semua katil yang disediakan di wad Covid-19 dan juga wad pengasingan di unit rawatan rapi (ICU) telah dipenuhi. Beliau berkata, hospital swasta menghadapi kekangan dari segi bilangan katil pesakit…
Read MoreDua lagi masjid ditutup
SINGAPURA 29 April – Dua lagi masjid, Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Al-Falah ditutup pada hari ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dilakukan. Pembersihan dibuat setelah seorang individu yang mengunjungi kedua-dua masjid itu disahkan positif Covid-19. Sebelum ini, atas faktor yang sama Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara juga pada hari ini (29 April) manakala Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup pada Selasa, 27 April. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), individu berkenaan mengunjungi Masjid Hajjah Fatimah pada 14, 15 dan 17 April pada waktu solat Zuhur dan…
Read MoreJururawat terima dua dos positif C-19
SINGAPURA 29 April – Seorang jururawat, warga Filipina berusia 46 tahun yang bertugas di wad biasa di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) disahkan positif Covid-19 walaupun telah menerima dua dos suntikan vaksin. Wanita itu mula batuk, sakit tekak dan mengalami sengal badan pada 27 April dan mendapatkan rawatan perubatan di TTSH dan diuji positif Covid-19 pada hari yang sama dan dimasukkan ke wad di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit. Dia menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 26 Januari dan dos kedua pada 18 Februari. Berikutan kes itu, TTSH menutup wad…
Read MoreKOMPAUN JUGA PATUT ADA SOP
Benar kadar kompaun boleh dirayu. Tetapi pertimbangan boleh diberi kerana dia bukan berniaga di kawasan SESAK seperti di bazar Ramadan atau bazar Aidilfitri. Dia juga bukan berada di kawasan SEMPIT. Dan rasanya tidak ada SEMBANG atau bertutur jarak yang dekat” TINDAKAN ‘tegas’ polis berhubung langkah membendung penularan pandemik Covid-19 menarik perhatian masyarakat. Isu berkaitan kompaun RM10,000 ; RM50,000, masjid dikompaun serta membilang kasut dan kereta pada hari raya mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Ada yang mengkritik dan ada yang sinis. Itu persepsi masing-masing. Apa yang penting penguatkuasaan itu adalah…
Read MoreKhabar gembira, pembawa amaran..
Kerajaan komited laksana undi 18
PUTRAJAYA 29 April – Pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun sedang diusahakan agar ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan. Katanya, kerajaan komited untuk melaksanakan Undi 18 sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara di Parlimen secara dwipartisan pada tahun 2019. Susulan keputusan tersebut, yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan perkara teknikal. “Ia termasuk memperkemas kini sistem…
Read MoreHayati peristiwa Nuzul al-Quran
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menyeru seluruh umat Islam agar menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya kitab suci al-Quran. Baginda turut mengingatkan agar Muslimin dan Muslimat sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan mengambil pengajaran daripada isi kandungan al-Quran. Al-Quran telah mengangkat Islam sebagai sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan toleransi untuk kehidupan manusia seluruhnya. Baginda berdua bertitah demikian menerusi posting yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office bersempena Hari Nuzul al-Quran yang disambut…
Read MoreBoleh jual 36 bunga api raya
KUALA LUMPUR 29 April – Hanya 36 bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ boleh dijual kepada umum pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Mat Kasim Karim. Katanya, bunga api yang dibenarkan dijual secara umum adalah Pop-Pop, Happy Boom Dush 20, Happy Boom Glow of Sunset, Happy Boom Flower Silver Cracking Rain dan Happy Boom Thunder Clap (Rockets). Bagaimanapun, sembilan jenis bunga api ‘Happy Boom’ bagi kategori jualan umum sempena musim perayaan (bersyarat) itu tidak boleh diniagakan oleh peniaga kecil, peruncit dan pasar…
Read MoreCovid-19: Lagi masjid ditutup
SINGAPURA 29 April – Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara berikutan terdapat kes individu mengunjungi masjid berkenaan disahkan positif Covid-19. Kementerian Kesihatan mengesahkan kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), individu berkenaan hadir ke masjid untuk solat Asar pada 16 April lalu. Berikutan itu, MUIS memaklumkan masjid berkenaan ditutup sehari hari ini untuk kerja pembersihan dan penyahjangkitan Masjid dijangka dibuka semula untuk solat Jumaat esok. MUIS juga akan membantu MoH untuk mengesan kontak rapat jemaah berkenaan untuk tindakan selanjutnya. Sebelum ini, Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup dua hari mulai 27…
Read More