Data Covid-19 bukan rekaan

PUTRAJAYA 28 April – Data dan laporan analisis harian Covid-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah sahih dan tepat serta dikendalikan mengikut prosedur tertentu, kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba. Beliau yang menolak dakwaan kononnya data Covid-19 di negara ini hanya ciptaan dan direka berkata, semua keputusan ujian yang dijalankan sama ada di klinik kesihatan kerajaan, hospital mahupun fasiliti perkhidmatan kesihatan swasta wajib dimuat naik ke dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA). Sistem itu dipantau oleh KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri dan Makmal Kesihatan Awam…

Read More

Perokok lebih berisiko jika dijangkiti

PUTRAJAYA 28 April – Golongan perokok yang dijangkiti Covid-19 lebih berisiko mengalami kerosakan hati, buah pinggang dan sindrom gangguan pernafasan akut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali. Beliau berkata data itu diperoleh melalui kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko komplikasi golongan perokok dijangkiti Covid-19 terhadap 5,889 kes Covid-19 yang dirawat di seluruh negara dari 1 Februari hingga 31 Mei 2020. Daripada 5,889 pesakit itu, seramai 791 individu adalah perokok dengan 773 daripadanya perokok lelaki (97.7 peratus) manakala 18 lagi (2.3 peratus) adalah wanita, dan 5,098 lagi bukan perokok,…

Read More

Program perdana gugurkan AstraZeneca

PUTRAJAYA 28 April – Kerajaan tidak akan menggunakan vaksin  AstraZeneca dalam program arus perdana program imunisasi sebaliknya hanya akan diberi kepada pemohon sukarela menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata tindakan berkenaan diambil susulan mempertimbangkan kegusaran rakyat mengenai keselamatan vaksin itu. Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), berkata pemberian vaksin itu akan dimulakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam masa terdekat. “Pemberian vaksin ini tidak dihadkan kepada mereka yang layak…

Read More

UPSR mansuh, PT3 2021 batal

PUTRAJAYA 28 April – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun ini, dan membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021. Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin berkata tiada peperiksaan ganti bagi UPSR manakala pembatalan PT3 mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah. Katanya, UPSR sebagai satu komponen untuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) “Namun begitu apabila kita melaksanakan PKSK bagi membolehkan murid masuk ke SBP, kita lihat hanya 1/4 jumlah keseluruhan murid dalam…

Read More

Istana Terbuka Hari Raya

SINGAPURA 28 April – Selepas ditutup disebabkan pandemik Covid-19, Istana akan membuka semula pekarangannya kepada orang awam pada 13 Mei, bagi meraikan Hari Buruh dan Hari Raya Puasa, Menurut kenyataan Pejabat Presiden, orang ramai boleh mengunjungi kebun-kebun dan ruang-ruang terbuka di pekarangan Istana, termasuk sebuah kebun inklusif baru yang dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob pada Februari. “Dengan pelonggaran lanjut langkah-langkah masyarakat dalam Fasa 3 pembukaan semula, Istana akan membuka semula pekarangannya untuk rumah terbuka Istana secara bertahap-tahap dengan langkah-langkah pengurusan selamat dilaksanakan,” tambah Bagaimanapun, tidak seperti rumah terbuka sebelumnya, tiada persembahan,…

Read More

Lagi 30 sekolah ditutup

SHAH ALAM 28 April – Tiga puluh sekolah di Selangor diarah tutup dua hari bermula hari ini berikutan kes Covid-19 yang dikesan di sekolah-sekolah tersebut. Menurut pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) sekolah rendah dan  menengah yang dutup adalah  meliputi daerah Hulu Langat  (7), Petaling Utama (3), Gombak (2), Kuala selangor (3), Klang (5), Sepang (3), Petaling Perdana (7), Penutupan itu bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan penilaian risiko dijalankan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Pekeliling tersebut turut meminta sekolah-sekolah berkenaan melakukan pembersihan serta proses sanitasi semasa tempoh penutupan.…

Read More

AS bantu India hadapi Covid-19

AMERIKA Syarikat akan menghantar siri bantuan ke India termasuk bantuan mekanikal perubatan bagi membantu negara yang dilanda gelombang kedua pandemik itu menghasilkan vaksin Covid-19, kata Presiden Joe Biden. “ Saya bercakap panjang lebar dengan Perdana Menteri Narendra Modi. Kami akan hantar dengan segera sejumlah bantuan yang diperlukan, termasuk remdesivir dan ubat-ubatan lain yang dapat membantu mencegah dan proses pemulihan,” katanya. Bercakap pada sidang media di White House,  Selasa, beliau berkata selain menghantar bahagian mekanikal , perbincangan juga dibuat bagi penghantaran vaksin sebenar ke India. “Masalahnya, sekarang kita harus pastikan kita…

Read More

Hujan lebat di Makkah

HUJAN lebat dan ribut petir mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di kota suci Makkah semalam, Selasa 27 April. Angin kencang juga berlaku semasa hujan lebat itu. Setakat ini tiada laporan mengenai kehilangan nyawa akibat banjir dan ribut petir itu. Sebelum ini pihak berkuasa keselamatan awam Saudi telah mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan situasi tersebut berlaku. Amaran itu dikeluarkan berdasarkan data daripada Pusat Kebangsaan Meteorologi Arab Saudi. Menurut Arab News, pihak berkuasa keselamatan awam telah mengarahkan orang awam supaya berhati-hati dengan keadaan cuaca buruk, mengelakkan ke tempat yang boleh berlaku banjir, dan…

Read More

India dijangka terima Sputnik 1 Mei

INDIA yang sedang menghadapi gelombang jangkitan kedua, dijangka menerima kumpulan pertama vaksin Covid-19 Sputnik V oleh Rusia pada 1 Mei ini. Menurut laporan media tempatan, ketua Dana Pelaburan Langsung Russia (RDIF), Kirill Dmitriev, memaklumkan, dos pertama dijangka diberi pada 1 Mei. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa banyak vaksin dalam kumpulan pertama itu atau di mana ia akan dibuat tetapi berharap bekalan Rusia dapat membantu India mengatasi pandemik itu secepat mungkin. RDIF, yang memasarkan Sputnik V di seluruh dunia, telah menandatangani perjanjian dengan lima pengilang terkemuka India untuk menghasilkan lebih 850…

Read More