MANILA 1 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,177 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,235,467 kes. Setakat pukul 4 petang ini juga, kes sembuh meningkat kepada 1,161,252 orang apabila 6,230 lagi pesakit dilaporkan sembuh. DoH juga melaporkan 46 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 21,012 kematian. Sehingga tengah hari ini juga kes aktif yang direkodkan adalah 53,203.
Read More18 kes baharu di Singapura
SINGAPURA 1 Jun – Sebanyak 18 kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura sehingga tengah hari ini yang meliputi 15 kes dalam masyarakat dan tiga kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, tujuh daripada kes masyarakat tidak ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini manakala lapan dikaitkan dengan kes terdahulu. Bagi kes import pula, dua adalah warga Singapura atau penduduk tetap dan semuanya dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di Singapura. Tiada jangkitan baharu dilaporkan di asrama pekerja. Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 62,069 kes Covid-19 dengan 33 kematian.
Read More“LOCKDOWN bukan SHUTDOWN….”
SELAMAT ‘menyambut’ Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP 3.0 . Setahun yang lalu, ketika awal pandemik kita sudah merasai suasana ini. Semua orang begitu ‘takut’ waktu itu. Ketika itu angka jangkitan harian tidaklah sebesar sekarang tetapi waktu itu orang ramai memang cemas. Bagaimanapun hari ini suasana berbeza. Angka jangkitan semakin menggila. Hampir mencecah 10,000 kes sehari. Tidak pasti sama ada ini satu ‘kemajuan’ kerana berjaya membongkar lebih banyak kes. Tidak pasti juga sama ada hari ini rakyat lebih takut berbanding sebelum ini. Dan paling penting suasana hospital…
Read MoreHaji : Indonesia akan putuskan segera
JAKARTA 1 Jun – Pemerintah melalui Kementerian Agama akan memutuskan secepat mungkin sama ada penyelenggaraan haji akan diteruskan pada tahun ini, kata Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas. “Keputusan ini, saya sepakat untuk segera kita buat dengan atau tanpa pengumuman dari pemerintah Saudi Arabia,” katanya seperti dilaporkan media. Yaqut juga akan merujuk perkara itu kepada Presiden Joko Widodo bagi memutuskan keputusan muktamad. Sebelum itu, Yaqut berkata, pemerintah Arab Saudi belum memberi kepastian berkaitan pelaksanaan ibadah haji 1442 Hijriah/2021 Masehi termasuk kuota dan makluman lain berikutan pandemik Covid-19. Mengikut jadual, lapangan terbang Arab…
Read More‘Kenang bimbingan bersifat keayahan’
IPOH 1 Jun – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang meninggal dunia Ahad lalu. Istana Iskandariah Kuala Kangsar dalam kenyataan hari ini menyertakan warkah takziah Baginda kepada Puan Sri Ainon Abdul Ghani, iaitu balu kepada Allahyarham Harussani. Dalam kenyataan itu Baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan lebih besar kepada waris, anggota keluarga dan sahabat handai. Dalam kenyataan itu Baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan lebih besar kepada waris, anggota keluarga dan…
Read MoreIndonesia peringati Hari Pancasila
JAKARTA 1 Jun – Indonesia hari ini memperingati kelahiran Pancasila, iaitu lima dasar falsafah kenegaraan republik itu yang diasaskan oleh Presiden pertama, Soekarno pada 1 Jun 1945. Lima dasar itu adalah, Ketuhanan Yang Maha Esa, Kebangsaan, Perikemanusiaan, Demokrasi atau Kedaulatan Rakyat, dan Keadilan Sosial. Presiden Indonesia Joko Widodo mengetuai majlis peringatan itu hari ini secara maya di Istana Bogor bersama pemimpin lain di lokasi masing-masing. Dalam catatan di Facebooknya, Jokowi berkata, “Sebagaimana upacara ini, yang dilakukan dengan cara virtual dan baru, perluasan dan pendalaman nilai-nilai Pancasila hendaknya juga dilakukan dengan…
Read MorePenjawat awam sumbang RM30 juta
PUTRAJAYA 1 Jun – Selepas anggota Kabinet menyumbangkan tiga bulan gaji kepada Akaun Amanah Bencana bagi membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19, lebih 800,000 penjawat awam turut berbuat demikian melalui pengurangan elaun berdasarkan gred perkhidmatan. Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali yang mengumumkan perkara berkenaan hari ini berkata sumbangan daripada penjawat awam terbabit yang tidak melibatkan petugas barisan hadapan serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 itu, dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta. “Sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)…
Read MoreKeratan akhbar…NST
Media Hari Ini 01.06.2021
Kes harian naik di Arab Saudi
JEDDAH 31 Mei – Arab Saudi kembali merekodkan lebih 1,000 kes harian apabila jumlah kes hari ini meningkat kepada 1,245 berbanding 907 semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah 450,436. Jumlah kematian pula bertambah dua kes kepada 15 orang berbanding 13 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif 7,362 meninggal dunia. Pada masa yang sama, sebanyak 1,275 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada peningkatan kes pulih keseluruhan 433,413. Sementara itu Makkah merekodkan 428 kes diikuti Riyadh 313, daerah Timur 155, dan Madinah 99 kes. Kes…
Read More