Kes harian naik di Arab Saudi

JEDDAH 31 Mei – Arab Saudi kembali merekodkan lebih 1,000 kes harian apabila jumlah kes hari ini meningkat kepada 1,245 berbanding 907 semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah 450,436.

Jumlah kematian pula bertambah dua kes kepada 15 orang berbanding 13 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif 7,362 meninggal dunia.

Pada masa yang sama, sebanyak 1,275 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada peningkatan kes pulih keseluruhan 433,413.

Sementara itu Makkah merekodkan 428 kes diikuti Riyadh 313, daerah Timur 155, dan Madinah 99 kes.

Kes aktif pula 9,661 dan 1,438 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment