Filipina tambah 5,177 kes

MANILA 1 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,177 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,235,467 kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga, kes sembuh meningkat kepada 1,161,252 orang apabila 6,230 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

DoH juga melaporkan 46 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 21,012 kematian.

Sehingga tengah hari ini juga kes aktif yang direkodkan adalah 53,203.

Related posts

Leave a Comment