Haji : Indonesia akan putuskan segera

JAKARTA 1 Jun – Pemerintah melalui Kementerian Agama akan memutuskan secepat mungkin sama ada penyelenggaraan haji akan diteruskan pada tahun ini, kata Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas.

“Keputusan ini, saya sepakat untuk segera kita buat dengan atau tanpa pengumuman dari pemerintah Saudi Arabia,” katanya seperti dilaporkan media.

Yaqut juga akan merujuk perkara itu kepada Presiden Joko Widodo bagi memutuskan keputusan muktamad.

Sebelum itu, Yaqut berkata,  pemerintah Arab Saudi belum memberi kepastian berkaitan pelaksanaan ibadah haji 1442 Hijriah/2021 Masehi termasuk kuota dan makluman lain berikutan pandemik Covid-19.

Mengikut jadual, lapangan terbang Arab Saudi dijangka menutup penerbangan haji jika ada pada 14 Julai dan menjelang tempoh itu, banyak persiapan yang harus dilakukan termasuk kontrak penerbangan, penyiapan dokumen perjalanan, pasukan petugas, pelaksanaan bimbingan dan sebagainya.

Tahun lepas Indonesia memutuskan lebih awal untuk tidak menghantar jemaah berikutan kesuntukan masa membuat persiapan. Bagaimanapun Arab Saudi akhirnya tidak menerima jemaah dari luar negara itu.

Setakat ini Singapura telah memutuskan tidak menghantar jemaah pada tahun ini.

Related posts

Leave a Comment