Melepasi 300,000 dos sehari

PUTRAJAYA 6 Julai – Buat pertama kali, jumlah pemberian harian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di seluruh negara semalam melepasi angka 300,000 iaitu 313,761, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, penerima dos pertama semalam ialah seramai 196,603 orang, manakala penerima dos kedua 117,158 orang.

Selain itu, jumlah kumulatif penerima dos pertama di seluruh negara kini telah mencapai 20.2 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia, iaitu seramai 6,585,002 orang.

Rakyat Selangor merupakan yang tertinggi menerima dos vaksin semalam, iaitu 48,693 penerima dos pertama, dan 19,402 penerima dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 67,735 orang.

Ini diikuti Sarawak dengan 29,376 penerima dos pertama, dan 26,692 penerima dos kedua, dengan jumlah keseluruhan seramai 56,068 orang.

Kuala Lumpur pula di tempat ketiga, dengan 37,838 orang penerima dos pertama, dan 10,639 orang penerima dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 48,477 orang.

Related posts

Leave a Comment