KOSMORAMA sekarang kena selalu dongak ke langit.
Read More2 individu sebar berita palsu didakwa
SEORANG suri rumah dan seorang guru tuisyen menjadi dua individu pertama didakwa di bawah Ordinan Darurat hari ini (2 Jun) atas kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan Covid-19 dan vaksin virus itu Norjannah Rusli, 28, didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen Kangar , Perlis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu berhubung wabak itu menggunakan WhatsApp dengan niat untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan orang awam. Ibu kepada dua anak itu melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau, pada 10.31 pagi 18 April lepas. Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 4(1)…
Read More126, angka kematian tertinggi
PUTRAJAYA 2 Jun. – Malaysia merekodkan 126 kematian akibat Covid-19 hari ini, rekod tertinggi pernah dicatatkan sejak virus itu dikesan di Malaysia tahun lalu. Kes melibatkan 123 warganegara dan tiga bukan negara yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,993 kematian. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain itu, sebanyak 7,703 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan angka keseluruhan sebanyak 587,165 kes. Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, dua kes import dikesan yang menerima jangkitan dari luar negara. “Kes aktif dengan…
Read MorePeningkatan kes di Selangor
PUTRAJAYA 2 Jun – Selangor terus merekodkan angka jangkitan Covid-19 tertinggi dengan merekodkan 2,728 kes, daripada jumlah keseluruhan 7,703 kes harian peringkat kebangsaan hari ini. Untuk rekod, jumlah kes harian yang direkodkan Selangor semalam adalah 2,068 dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Selangor adalah 191,722. Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur merekodkan 701 kes berbanding 817 semalam, Negeri Sembilan 586 (397), Sarawak 588 (semalam 703), Johor 554 (431), Kelantan 541 (531), Pulau Pinang 407 (400) Negeri-negeri lain merekodkan lebih 200 kes kecuali WP Labuan 159 (162), Perlis 7 (0)…
Read MoreHasil saringan 3,055 disyaki positif
SHAH ALAM 2 Jun – Daripada 80,981 orang yang menyertai Program Saringan Covid-19 secara percuma oleh kerajaan negeri sebanyak 3,055 individu disyaki positif Covid-19. Program yang dianjurkan secara percuma itu melibatkan 38 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, setakat semalam. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi hantaran di akaun Facebook @Amirudin Shari berkata sehingga 1 Jun, 80,981 rakyat di Selangor menyertai program itu yang bermula di DUN Kajang dan DUN Semenyih. (Rujuk berita/grafik terdahulu : Saringan percuma kesan 2,233 positif) “Jumlah ini melebihi sasaran awal iaitu seramai 50,000 individu dan inisiatif ini…
Read MoreJaga kanak-kanak
SEBANYAK 82,341 kanak-kanak dan bayi dijangkiti Covid-19. Daripada jumlah itu 19,851 kes melibatkan golongan berusia 4 tahun ke bawah, 8,237 (5 hingga 6 tahun), 26,851 (7 hingga 12 tahun) serta 27,402 (13 hingga 17 tahun) dan mereka adalah pesakit Covid-19 kategori 1, 2 dan 3. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba pada sidang media 31 Mei lalu berkata, tiada yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Justeru ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab melindungi golongan berkenaan daripada dijangkiti seperti tidak membawa anak-anak mereka ke tempat yang sesak. Menurutnya, walaupun tiada peruntukan di…
Read More1.1 juta dua dos, 2 juta satu dos
PUTRAJAYA 2 Jun – Sehingga semalam, sebanyak 1,104,873 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau berkata seramai 2,002,345 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,107,218. Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 143,797 dos diikuti Sarawak (111,176), Perak (105,014), Kuala Lumpur (99,538) dan Johor (97,798). Setakat semalam, 51.20 peratus atau 12,414,513 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi iaitu 3,299,145 orang. Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh…
Read More9 langgar ‘lockdown’ dikompaun
PETALING JAYA 2 Jun – Sikap degil tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) membawa padah apabila penyelia kilang dan lapan pekerja dikompaun kerana beroperasi melebihi masa ditetapkan dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh. Penyelia kilang plastik, wanita tempatan berusia 41 tahun dikompaun RM10,000 sementara lapan pekerja kilang di Taman Medan, Petaling Jaya itu masing-masing dikompaun RM2,000 di bawah kesalahan sama. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata serbuan dilakukan pukul 10.45 malam Selasa. Wanita itu dikompaun di bawah Peraturan 17 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit…
Read MoreSifar kematian di UK
UNITED Kingdom mencatatkan sifar kes kematian harian Covid-19 dalam tempoh 28 hari, buat kali pertama sejak Mac 2020. Data terbaharu yang dicatatkan itu turut melaporkan 3,165 kes baharu berbanding 3,383 pada Isnin. Perkembangan ini dilaporkan di tengah kebimbangan mengenai kenaikan kes berkaitan varian dari India atau varian Delta. Setiausaha Kesihatan Matt Hancock melalui Facebooknya berkata, ini adalah perkembangan yang memberangsangkan. Jelasnya, penggunaan vaksin nyata berkesan untuk melindungi penerima. “Bagaimanapun kita belum dapat mengalahkan virus ini,” katanya yang mahu penduduk terus mengamalkan penjagaan kebersihan. Beliau turut mengingatkan lebih ramai lagi penduduk…
Read More