BANDAR SERI BEGAWAN 1 Jun – Kementerian Kesihatan mengalu-alukan dan memberikan keutamaan kepada warga emas untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dengan membuat tempahan melalui aplikasi BruHealth. Bagaimanapun slot untuk ‘walk-in’ masih disediakan dengan jumlah yang terhad dan warga emas juga ada disediakan ruang khas untuk membuat pendaftaran vaksinasi Covid-19. Menurut Kementerian Kesihatan, sejak pembukaan tempahan slot suntikan bagi warga emas, pada 22 April lalu, seramai 4,689 orang menerima suntikan di mana warga emas tertua adalah seorang wanita tempatan, berumur 96 tahun. Kajian saintifik menunjukkan warga emas adalah golongan yang mempunyai…
Read MoreWajib vaksinasi sebelum ke luar negara
BANDAR SERI BEGAWAN 1 Jun – Penduduk Negara Brunei Darussalam (NBD) yang ingin membuat perjalanan keluar negara perlu mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 secara mandatori yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2021. Menurut Kementerian Kesihatan, peraturan itu berikutan dengan pengemaskinian Garis Panduan Permohonan Keluar Negeri. Bagaimanapun, kebenaran perjalanan keluar negara tidak akan diberikan secara automatik walaupun selepas vaksinasi, di mana setiap permohonan perjalanan keluar tertakluk kepada penilaian dan kebenaran Jabatan Perdana Menteri (JPM). Mereka yang terlibat bolehlah membuat tempahan slot vaksinasi masing-masing melalui aplikasi BruHealth terlebih dahulu sebelum mengunjungi…
Read MoreLebih setahun tanpa kes tempatan
BANDAR SERI BEGAWAN 1 Jun – Satu lagi kes import Covid-19 disahkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di Brunei Darussalam meningkat kepada 244 kes. Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya berkata, kes melibatkan seorang lelaki berumur 33 tahun yang tiba ke negara ini dari Manila pada 19 Mei 2021. “Kes ini tidak mempunyai sebarang tanda jangkitan. Penyiasatan dan pengesanan kontak mengesahkan tidak ada kontak terdekat bagi kes baharu ini memandangkan beliau telah dikuarantin sebaik sahaja tiba ke negara ini,” kata kenyataan itu. Melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 itu, Kementerian…
Read MoreVaksinasi penuh hampir 45 juta
NEW DELHI: Hampir 45 juta orang di India telah diberi vaksin sepenuhnya, iaitu bersamaan 4.7 peratus daripada 950 juta penduduk dewasa di negara itu. Menurut data portal vaksin rasminya, India memberikan hampir 2.8 juta dos pada Isnin. Sementara itu India boleh memiliki sebanyak 10 juta dos vaksin Covid-19 yang tersedia setiap hari pada bulan Julai dan Ogos berbanding hanya tiga juta ketika ini. Jaminan diberikan kerajaannya dalam usaha meredakan kebimbangan mengenai kekurangan dan kegagalan menguruskan program vaksinasi negara itu. Negara dengan populasi kedua tertingi di dunia itu dilanda gelombang jangkitan…
Read MoreChina mendahului vaksinasi
CHINA mendahului negara lain di dunia dengan mendaftarkan atau menyuntik 661 juta dos vaksin. Setakat Rabu, dunia merekodkan lebih 1.928 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik, pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya. Menurut data John Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) merekodkan sebanyak 294 juta dos manakala India dengan 216 juta dos vaksin. Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil. Manakala Jerman dengan 50 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 36 dan 35 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia…
Read MoreVaksin ke-8 dapat kelulusan WHO
GENEVA 2 Jun – Vaksin kelapan, CoronaVac keluaran syarikat China, Sinovac diluluskan penggunaannya untuk tujuan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia adalah vaksin kedua keluaran China yang mendapat lampu hijau dari WHO selepas Sinopharm. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan, ini juga akan membuka jalan bagi Sinopharm digunakan dalam inisiatif Covax, sekali gus menjamin akses sama rata kepada vaksin. “Saya mahu mengumumkan Sinovac-Coronavac sudah mendapat kelulusan WHO untuk penggunaan kecemasan, selepas didapati selamat, berkesan dan berkualiti. “Tambahan pula keperluan penyimpanannya adalah lebih mudah. Dengan ini sejumlah lapan…
Read MoreLim Kok Wing meninggal dunia
KUALA LUMPUR 2 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Lim Kok Wing atas pemergian pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing itu. Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara malam tadi, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan berharap agar seluruh keluarganya bersabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu. “Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti serta jasa mendiang kepada masyarakat dan dunia pendidikan inovatif negara,” demikian…
Read MoreKadar R-naught Covid-19 turun
PUTRAJAYA 2 Jun – Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia menunjukkan penurunan 0.02. Angka itu turun ke 1.07 pada Selasa berbanding 1.09 pada hari sebelumnya. Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 kecuali Perlis. Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 kecuali Perlis. Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.55. Ini diikuti Sabah, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Putrajaya, Perak dan Kuala Lumpur. Seterusnya Pahang, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan Johor. Perlis satu-satunya negeri yang mencatatkan sifat kes positif. Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang…
Read MorePesawat: Nota bantahan kepada China
KUALA LUMPUR 2 Jun – Kementerian Luar akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada kerajaan China atas pencerobohan 16 pesawat milik tentera udara negara itu ke dalam ruang udara Malaysia. Menterinya Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu. “Saya juga akan menyampaikan kegusaran serius Malaysia mengenai perkara ini kepada rakan sejawat saya di China. “Pendirian Malaysia sangat jelas iaitu mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara. Tetapi tidak sekali kali bermaksud bahawa kita akan kompromi tentang keselamatan negara…
Read More