Hasil saringan 3,055 disyaki positif

SHAH ALAM 2 Jun  – Daripada 80,981 orang yang menyertai Program Saringan Covid-19 secara percuma oleh kerajaan negeri sebanyak 3,055 individu disyaki positif Covid-19.

Program yang dianjurkan secara percuma itu melibatkan 38 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, setakat semalam.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi hantaran di akaun Facebook @Amirudin Shari berkata sehingga 1 Jun, 80,981 rakyat di Selangor menyertai program itu yang bermula di DUN Kajang dan DUN Semenyih.

(Rujuk berita/grafik terdahulu : Saringan percuma kesan 2,233 positif)

“Jumlah ini melebihi sasaran awal iaitu seramai 50,000 individu dan inisiatif ini akan diteruskan di daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam,” katanya.

Program anjuran kerajaan Selangor itu mula dilaksanakan pada 8 Mei lepas sehingga 10 Jun dan ia merupakan program saringan percuma melibatkan rakyat di 56 DUN di Selangor.

Related posts

Leave a Comment