Sifar kematian di UK

UNITED Kingdom mencatatkan sifar kes kematian harian Covid-19 dalam tempoh 28 hari,  buat kali pertama sejak Mac 2020.

Data terbaharu yang dicatatkan itu turut melaporkan 3,165 kes baharu berbanding 3,383 pada Isnin.

Perkembangan ini dilaporkan di tengah kebimbangan mengenai kenaikan kes berkaitan varian dari India atau varian Delta.

Setiausaha Kesihatan Matt Hancock melalui Facebooknya berkata, ini adalah perkembangan yang memberangsangkan.

Jelasnya, penggunaan vaksin nyata berkesan untuk melindungi penerima.

“Bagaimanapun kita belum dapat mengalahkan virus ini,” katanya yang mahu penduduk terus mengamalkan penjagaan kebersihan.

Beliau turut mengingatkan lebih ramai lagi penduduk UK untuk terus mendapatkan vaksin.

UK merupakan negara pertama di dunia yang memulakan program vaksinasi Covid-19 pada Disember tahun lalu.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 39 juta individu sudah menerima suntikan dos pertama.

Related posts

Leave a Comment