1.1 juta dua dos, 2 juta satu dos

PUTRAJAYA 2 Jun – Sehingga semalam, sebanyak 1,104,873 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau berkata seramai 2,002,345 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,107,218. 

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 143,797 dos diikuti Sarawak (111,176), Perak (105,014), Kuala Lumpur (99,538) dan Johor (97,798).

Setakat semalam, 51.20 peratus atau 12,414,513 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi iaitu 3,299,145 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Related posts

Leave a Comment