JAKARTA 6 Jun – Indonesia menambah 5,832 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,856,038 dengan kes aktif 98,455 Kes sembuh pula meningkat kepada 1,705,971 termasuk 4,187 yang direkodkan hari ini manakala angka kematian mencecah 51.612 dengan 163 kematian baharu. Lima provinsi merekodkan kes tertinggi iaitu Jakarta 1,019 dan kumulatifnya 435,135 435.135 kasus, Jawa Tengah 890 (205,232), Jawa Barat 869 (319,761) , Riau 528 (63,145) serta Sumatera Barat 388 kasus dan kumulatifnya 46.005 kasus. Jakarta menambahkan 884 orang sembuh dan kumulatifnya 416.130 orang, Riau 737 (55,998), Jawa Tengah…
Read MoreMalaysia kekal empat digit
PUTRAJAYA 6 Jun – Menunjukkan penurunan berbanding 7,452 semalam tetapi jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini masih kekal empat digit dengan 6,241 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes COvid-19 di negara ini berjumlah 616,815. Daripada jumlah kes baharu itu, 6,237 adalah kes tempatan dan empat kes import. Jumlah kematian pula masih tinggi dengan merekodkan 87 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,378 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 526,809 apabila 5,133 lagi pesakit dilaporkan pulih.…
Read More14 import, 6 tempatan di Singapura
SINGAPURA 6 Jun – Lebih separuh daripada 20 kes jangkitan harian yang dilaporkan Singapura setakat 12 tengah hari ini adalah kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, enam kes baharu dalam masyarakat direkodkan di mana lima daripadanya berhubung kait dengan kes-kes lalu yang sudah dikuarantin. Baki satu kes tanpa hubung kait buat masa ini. Sebanyak 14 kes import yang dilaporkan hari ini adalah terdiri daripada 12 rakyat Singapura atau Penduduk Tetap Singapura (PR) yang pulang ke negara ini. Kesemua kes sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di…
Read MoreFilipina catat 7,228 kes
MANILA 6 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 7,228 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,269,478 kes. Bagaimanapun kes sembuh yang dilaporkan hari ini meningkat kepada 1,188,243 kes atau 93.6 peratus apabila 7,372 lagi pesakit pulih. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 166 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 21,898 kematian. Kes aktif pula 59,337 atau 4.7 peratus.
Read More2,671 kes baharu di Thailand
BANGKOK 6 Jun – Thailand hari ini melaporkan 2,671 kes jangkitan harian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 177,467 kes dengan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 1,236 termasuk 23 kematian hari ini. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 2,067 adalah kes jangkitan dalam masyarakat termasuk 83 kes import manakala 604 lagi adalah kes di dalam penjara. Sebanyak 13 kematian direkodkan di Bangkok, empat di Samut Prakan dan masing-masing satu di Chachoengsao, Nakhon Ratchasima, Nakhon Si Thammarat, Saraburi, Sa Kaeo dan Rayong. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 675 kes,…
Read MoreSelangor lepasi 200,000 kes
PUTRAJAYA 6 Jun – Selangor mencapai angka jangkitan melepasi 200,000 kes sementara kebanyakan negeri mencatatkan penurunan kes harian berbanding semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, Selangor merekodkan 2,178 kes baharu hari ini berbanding 2,509 semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan negeri itu meningkat kepada 202,146. Walaupun turun, Selangor terus mendahului negeri-negeri lain menjadi penyumbang terbesar kes harian negara yang pada hari ini merekodkan 6,241 dengan jumlah keseluruhan kes peringkat negara setakat ini 616,815. Berbanding 2,509 kes semalam, Selangor menunjukkan penurunan, begitu juga di peringkat negara berbanding 7,452 semalam. Hampir semua negeri mencatatkan…
Read MoreDua kilang langgar SOP dikompaun
SUNGAI PETANI 6 Jun – Logam dan kayu arang ‘diisytihar’ barangan keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Begitulah yang berlaku apabila dua kilang dikompaun RM10,000 dalam satu operasi 10.30 malam Sabtu. Dua kilang di Bukit Selambau, Sungai Petani itu didapati cuba menipu dengan mengemukakan surat yang mengisytihar kilang memproses barangan keperluan tetapi menjalankan operasi pengeluaran barangan bukan keperluan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil pemeriksaan, kedua-dua premis dikesan menjalankan operasi dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Kilang berkenaan secara tidak…
Read MoreMaro : Lockdown 3.0
MALAYSIAKITA lockdown 3.0
Read MoreKluster kedai gunting rambut
SINGAPURA 6 Jun – Dua warganegara Malaysia adalah antara empat kes baharu yang melibatkan kedai gunting rambut di Simpang Bedok semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, Kluster Kedai Gunting Atatcutz itu merekodkan enam kes yang turut melibatkan dua tukang gunting, warganegara Malaysia berusia 25 dan 27 tahun. Kes pertama dalam kluster ini, dikenal pasti pada 1 Jun, iaitu lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun yang bekerja sebagai penghantar Pizza Hut (Hougang Green). Pada hari berikutnya seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di Atatcutz menjadi kes…
Read MorePdPR 25 hari mulai 13 @ 14 Jun
PUTRAJAYA 6 Jun – Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan disambung untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan Kumpulan B pada 14 Jun ini. Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin berkata ia akan berterusan sehingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini. Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak. Pada 16 Julai hingga 25…
Read More