Dua kilang langgar SOP dikompaun

SUNGAI PETANI 6 Jun – Logam dan kayu arang ‘diisytihar’ barangan keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Begitulah yang berlaku apabila dua kilang dikompaun RM10,000 dalam satu operasi 10.30 malam Sabtu.

Dua kilang di Bukit Selambau, Sungai Petani itu didapati cuba menipu dengan mengemukakan surat yang mengisytihar kilang memproses barangan keperluan tetapi menjalankan operasi pengeluaran barangan bukan keperluan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil pemeriksaan, kedua-dua premis dikesan menjalankan operasi dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kilang berkenaan secara tidak jujur menyatakan  mengeluarkan minyak dan gas sedangkan keadaan sebaliknya dan bukan sektor perlu.

Kompaun sebanyak RM10,000 dikeluarkan ke atas dua pemilik kilang kerana melanggar SOP yang ditetapkan mengikut Peraturan 16 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Sementara itu, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengeluarkan kompaun RM20,000 ke atas kilang memproses kayu arang itu yang gagal menyediakan asrama pekerja yang sempurna dan tidak mengikut peraturan sekali gus boleh menyebabkan penularan penyakit.

Related posts

Leave a Comment