Malaysia kekal empat digit

PUTRAJAYA 6 Jun – Menunjukkan penurunan berbanding 7,452 semalam tetapi jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini masih kekal empat digit dengan 6,241 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes COvid-19 di negara ini berjumlah 616,815.

Daripada jumlah kes baharu itu, 6,237 adalah kes tempatan dan empat kes import.

Jumlah kematian pula masih tinggi dengan merekodkan 87 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,378 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 526,809 apabila 5,133 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Sebanyak 890 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 444 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment