Indonesia catat 5,832 kes

JAKARTA 6 Jun – Indonesia menambah 5,832 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,856,038 dengan kes aktif 98,455

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,705,971 termasuk 4,187 yang direkodkan hari ini manakala angka kematian mencecah 51.612 dengan 163 kematian baharu.

Lima provinsi merekodkan kes tertinggi iaitu Jakarta 1,019 dan kumulatifnya 435,135 435.135 kasus, Jawa Tengah 890 (205,232), Jawa Barat 869 (319,761) ,  Riau 528 (63,145) serta Sumatera Barat 388 kasus dan kumulatifnya 46.005 kasus.

Jakarta menambahkan 884 orang sembuh dan kumulatifnya 416.130 orang, Riau 737 (55,998), Jawa Tengah 400 (182,394), Jawa Barat 354 (295,224) dan Sumatera Barat 240 (41,521).

Sementara itu Jawa Tengah menambahkan 40 kematian dan kumulatifnya 9,388 , Jawa Timur 20 kes (11,478)7,293) , Jakarta 20 (7,293), Jawa Barat menambahkan 15 kes (4,312) serta Riau 12 (1,278).

Bagi vaksinasi pula, jumlah penerima kini 17,643,603 termasuk 62.139 penerima baharu manakala penerima dos kedua 11,126,757 orang.

Related posts

Leave a Comment