Filipina catat 7,228 kes

MANILA 6 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 7,228 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,269,478 kes.

Bagaimanapun kes sembuh yang dilaporkan hari ini meningkat kepada 1,188,243 kes atau 93.6 peratus apabila 7,372 lagi pesakit pulih.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 166 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 21,898 kematian.

Kes aktif pula 59,337 atau 4.7 peratus.

Related posts

Leave a Comment