14 import, 6 tempatan di Singapura

SINGAPURA 6 Jun – Lebih separuh daripada 20 kes jangkitan harian yang dilaporkan Singapura setakat 12 tengah hari ini adalah kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan, enam kes baharu dalam masyarakat direkodkan di mana lima daripadanya berhubung kait dengan kes-kes lalu yang sudah dikuarantin.

Baki satu kes tanpa hubung kait buat masa ini.

Sebanyak 14 kes import yang dilaporkan hari ini adalah terdiri daripada 12 rakyat Singapura atau Penduduk Tetap Singapura (PR) yang pulang ke negara ini.

Kesemua kes sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Related posts

Leave a Comment