Kluster kedai gunting rambut

SINGAPURA 6 Jun – Dua warganegara Malaysia adalah antara empat kes baharu yang melibatkan kedai gunting rambut di Simpang Bedok semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, Kluster Kedai Gunting Atatcutz itu merekodkan enam kes yang turut melibatkan dua tukang gunting, warganegara Malaysia berusia 25 dan 27 tahun.

Kes pertama dalam kluster  ini, dikenal pasti pada 1 Jun, iaitu lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun yang bekerja sebagai penghantar Pizza Hut (Hougang Green).

Pada hari berikutnya seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di Atatcutz menjadi kes kedua kluster itu.

Antara kes baharu yang dilaporkan pada Sabtu, termasuk lelaki warga Malaysia berusia 35 tahun, pekerja penghantaran Pizza Hut (Balai Rakyat Kampong Ubi).

Beliau dikenal pasti sebagai kontak serumah dan dikuarantin pada 1 Jun serta menjalani ujian Covid-19 pada 3 Jun dan mengalami batuk pada keesokan harinya dan disahkan positif Covid-19 pada hari yang sama.

Kes kedua adalah warga Singapura berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pengurus di Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG). Wanita itu sudah bekerja dari rumah sejak April 2020.

Beliau adalah kontak serumah dua kes lalu dan dikuarantin pada 2 Jun. Beliau mula demam pada keesokan harinya tetapi tidak melaporkannya.

Beliau yang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada 18 Mei  diuji pada 3 Jun dan disahkan positif pada 4 Jun.

Related posts

Leave a Comment