Selangor lepasi 200,000 kes

PUTRAJAYA 6 Jun – Selangor mencapai angka jangkitan melepasi 200,000 kes sementara kebanyakan negeri mencatatkan penurunan kes harian berbanding semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, Selangor merekodkan 2,178 kes baharu hari ini berbanding 2,509 semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan negeri itu meningkat kepada 202,146.

Walaupun turun,  Selangor terus mendahului negeri-negeri lain menjadi penyumbang terbesar kes harian negara yang pada hari ini merekodkan 6,241 dengan jumlah keseluruhan kes peringkat negara setakat ini 616,815.

Berbanding 2,509 kes semalam, Selangor menunjukkan penurunan, begitu juga di peringkat negara berbanding 7,452 semalam.

Hampir semua negeri mencatatkan penurunan kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan yang menunjukkan peningkatan dengan masing-masing merekodkan 30 dan 212 berbanding 12 dan 205 semalam

Sarawak hari ini merekodkan 600 kes berbanding 651 semalam, diikuti Johor 565 (412), Negeri Sembilan 556 (843), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 415 (678),  Sabah 305 (259), Pulau Pinang 271 (370), Kelantan 270 (312) dan Melaka 225 (206).

Empat negeri yang merekodkan lebih 100 kes adalah Perak 174 (252), Terengganu 158 (190), Pahang 155 (286) dan Kedah 125 (263).

Perlis satu-satunya negeri yang mencatatkan kes terendah iaitu dua kes berbanding empat kes semalam.

Related posts

Leave a Comment