2,671 kes baharu di Thailand

BANGKOK 6 Jun – Thailand hari ini melaporkan 2,671 kes jangkitan harian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 177,467 kes dengan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 1,236 termasuk 23 kematian hari ini.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 2,067 adalah kes jangkitan dalam masyarakat termasuk 83 kes import manakala 604 lagi adalah kes di dalam penjara.

Sebanyak 13 kematian direkodkan di Bangkok, empat di Samut Prakan dan masing-masing satu di Chachoengsao, Nakhon Ratchasima, Nakhon Si Thammarat, Saraburi, Sa Kaeo dan Rayong.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 675 kes, diikuti Samut Sakhon (288), Phetchaburi (196), Nonthaburi (163) dan Samut Prakan (124).

Majoriti kes import pula melibatkan 76 warga Thailand yang pulang dari Kemboja manakala yang lain dua warga Thai pulang dari Malaysia, dan setiap satu pelawat dari India, Emiriyah Arab Bersatu Arab, Bahrain, Mesir dan Amerika Syarikat.

Sementara itu sebanyak 126,517 kes sembuh dilaporkan termasuk 2,242 kes pulih hari ini manakala 49,714 sedang menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment