2,076 bilion dos vaksin didaftar
SEJUMLAH lebih 2,076 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Sabtu, pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya. Menurut data John Hopkins University, China mendahului dengan 744 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan Ini diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 298 juta dos manakala India dengan 227 juta dos vaksin. Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil manakala Jerman dengan 54 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 38 dan 37 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului…
Read MoreKKM & ICR uji Ivermectin
PUTRAJAYA 6 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) telah memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases namun belum ada bukti yang konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19 Penggunaan ‘off-label’ Ivermectin…
Read MoreR-naught Covid-19 turun
PUTRAJAYA 6 Jun – Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia pada Sabtu terus menunjukkan penurunan iaitu 1.0 berbanding 1.03 pada hari sebelumnya. Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0. Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.37. Ini diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. Turut mencatat nilai R-naught melebihi satu ialah Terengganu, Putrajaya, Sarawak, Johor dan Kedah sementara Kelantan mencatat 1.0. Perlis pula satu-satunya negeri yang mencatat R-Naught kurang daripada peratusan kebangsaan. Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah…
Read MoreKorban hanya di rumah sembelihan
JOHOR BAHRU 6 Jun – Ibadah korban di Johor hanya dibenarkan dibuat di rumah sembelihan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berikutan penularan pandemik Covid-19. Mufti Johor, Yahya Ahmad berkata, agihan daging korban pula akan dilaksanakan terus oleh pihak penganjur kepada peserta dan asnaf fakir miskin selepas selesai kerja ibadat korban di rumah sembelihan. Justeru segala aktiviti yang melibatkan sembelih, memotong, menimbang dan mengagihkan daging korban pada Aidiladha tahun ini tidak dibenar dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh Johor. Beliau berkata, tahun ini pusat…
Read MoreMedia Hari Ini 06.06.2021
Arab Saudi catat 1,144 kes
RIYADH 5 Jun – Selepas lima hari Arab Saudi merekodkan kes jangkitan harian melebihi 1,200 kes, hari ini angka itu turun kepada 1,144 menjadikan jumlah keseluruhan 456,562 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 16 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,440 orang meninggal dunia. Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 439,459 orang termasuk 1,253 yang dilaporkan pulih hari ini. Sementara itu daerah Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 374 diikuti Riyadh 271, Timur 147, Asir 92 dan Madinah 71.
Read MoreIndonesia tambah 6,594 kes
JAKARTA 5 Jun – Indonesia hari ini menambah kes positif Covid-19 sebanyak 6,594 orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,850,206 dengan kes aktif bertambah sebanyak 2,200 menjadikan jumlahnya sebanyak 96,973. Pada masa yang sama jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 1,701,784 selepas 4,241 lagi pesakit dilaporkan sembuh manakala kematian pula mencecah 51,449 berikutan 153 lagi pesakit meninggal dunia. Lima provinsi merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jakarta 1,317 kes dan menjadikan kumulatifnya 434,116, Jawa Tengah 1,092 (kumulatifnya 204,342), Jawa Barat 993 (318,892), Riau 507 (62,617) dan Sumatera Barat 467 (45,617). Jakarta…
Read MorePerginya ‘pengurus, ibu, kakak, sahabat’
UTUSAN Melayu telah lama ‘mati’ tetapi semangat Kak Rose untuk ‘berkhidmat’ kepada keluarga Utusan ‘tidak pernah mati’. Sehingga ke akhir hayatnya, jawatannya masih kekal bersama Utusan Melayu. Itu yang terlintas di fikiran saya menjelang Maghrib petang ini sebaik sahaja menerima khabar duka pemergian Kak Rose atau Roseminah Ahmad, 73. Kak Rose meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur selepas menerima rawatan di hospital berkenaan tiga minggu lepas. Pemergian yang amat tragis, korban Covid-19. Allahyarham menyertai Utusan sebagai wartawan pada tahun 1968 dan pernah memegang jawatan pengarang majalah…
Read More7,452 kes, 109 kematian
PUTRAJAYA 5 Jun – Malaysia terus merekodkan kes harian melebihi 7,000 kes dalam tempoh 24 jam dengan merekodkan 7,452 dan jumlah kumulatif kini adalah 610,574 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 7,444 merupakan kes tempatan sementara lapan lagi merupakan kes import. Jumlah yang meninggal dunia terus merekodkan tiga digit iaitu 109 kematian. Ia menjadikan kumulatif kes kematian ketika ini adalah sebanyak 3,291 kes. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sejumlah 85,607 kes aktif direkodkan selepas 6,105 kes sembuh dilaporkan. Kes yang kini dirawat di…
Read More