WASHINGTON: Menjelang Sidang Kemuncak G7,Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengajak pemimpin dunia menderma vaksin Covid-19 kepada negara-negara yang kurang berkemampuan.
Langkah itu, kata Biden, akan menamatkan segera pandemik yang melanda dunia ketika ini.
Semalam, Biden mengumumkan AS akan menderma 500 juta dos vaksin dalam tempoh dua tahun.
AS akan membeli setengah bilion dos vaksin Pfizer untuk didermakan kepada hampir 100 negara yang terdesak memerlukannya dalam perang menentang pandemik ini.
“Ini adalah satu langkah bersejarah, pembelian terbesar oleh sebuah negara.
“Ini adalah vaksin mRNA yang terbukti sangat berkesan ke atas Covid-19 dan varian baharu setakat ini.
Sementara itu, Biden menjangkakan beberapa negara anggota G7 akan turut menyertai komitmen untuk menderma vaksin.
Derma vaksin akan dibuat tanpa sebarang syarat tambahan.
AS turut berharap sidang kemuncak G7 di United Kingdom akan berakhir dengan komitmen anggota terhadap program vaksin Covax.
