Olimpik: Cadang tamat darurat Tokyo

JEPUN mempertimbangkan menamatkan darurat di Tokyo dan beberapa wilayah lain seperti yang dijadualkan pada 20 Jun tetapi melaksanakan keadaan darurat separa sehingga Julai apabila sukan Olimpik bermula.

Dalam tempoh keadaan darurat bulan lalu, jangkitan koronavirus di bandar Olimpik, Tokyo semakin berkurangan

Bagaimanapun pihak berkuasa tetap prihatin akan penularan varian-varian lain dan tekanan berterusan ke atas sumber-sumber perubatan.

Menurut laporan akhbar Mainichi pada Jumaat 11 Jun, pemerintah akan mengarah restoran-restoran untuk memendekkan waktu operasi dan melaksanakan sekatan lain di bawah keadaan darurat separa itu.

Buat masa ini, tempat-tempat minuman keras dan restoran-restoran diarah tutup sebelum pukul 8 malam dan dilarang menjual minuman keras.

Keputusan muktamad dijangka diumumkan hujung minggu depan, beberapa hari sebelum keadaan darurat tamat, termasuk di Hokkaido yang menjadi tuan rumah bagi acara maraton.

Kebanyakan warga Jepun menentang penganjuran Olimpik yang bermula 23 Julai ini kerana bimbang kemasukan para atlet dan pegawai dari luar negara. Setakat ini, Jepun tidak membenarkan pelawat asing masuk sejak tercetusnya pandemik tahun lalu.

Related posts

Leave a Comment