Dua kes baharu Brunei Darussalam

BRUNEI DARUSSALAM merekodkan dua kes baharu Covid-19, kedua-duanya kes import menjadikan jumlah keseluruhan 248 kes dan kematian kekal tiga orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes 247 adalah seorang lelaki berusia 33 tahun yang tiba dari Indonesia manakala kes 248, seorang lelaki berusia 38 tahun yang tiba dari Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan semalam, kedua-dua kes individu tiba di Brunei Darussalam pada 28 Mei 2021 tanpa menunjukkan simptom dan hasil siasatan yang dilakukan mendapati tiada kontak rapat selepas mereka dikuarantin sejurus tiba.

Setakat semalam, tiga kes sembuh direkodkan menjadikan 239 pesakit pulih manakala enam kes aktif masih menerima rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Untuk rekod, kes terakhir jangkitan tempatan dilaporkan pada 6 Mei 2020 dan sehingga kini sebanyak 107 kes import direkodkan. Sebanyak 768 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori.

Related posts

Leave a Comment