Vaksin: Johnson sahut seruan Biden

PERDANA Menteri United Kingdom, Boris Johnson menyambut gesaan Presiden Joe Biden berhubung sumbangan vaksin Covid-19 kepada negara-negara miskin dengan

mengharapkan negara Kumpulan Tujuh (G7) bersetuju menyumbangkan 1 bilion dos.

Johnson berharap dengan usaha ini ia akan membantu memvaksinasi seramai mungkin penduduk dunia menjelang tahun hadapan.

Kenyataan Johnson dibuat beberapa jam selepas kenyataan, Joe Biden untuk menyumbang 500 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech.

Sidang Kemuncak G7 akan bermula hari ini, 11 Jun.

Jelas Johnson, United Kingdom akan menyumbang sekurang kurangnya 100 juta dos lebihan kepada negara-negara miskin.

Beliau turut meminta para pemimpin G7 untuk memberi komitmen ke arah usaha memvaksin seluruh dunia menjelang akhir tahun 2022 dan kumpulan itu dijangka menyalurkan 1 bilion dos.

Daripada 100 juta dos yang akan disalurkan oleh United Kingdom, 80 juta daripadanya akan disumbangkan ke program COVAX yang diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan selebihnya akan melalui perkongsian dua hala dengan negara-negara memerlukan.

Jelasnya, dengan meninggalkan negara-negara miskin untuk menangani wabak itu sendiri, ia beri risiko untuk virus itu terus bermutasi sekaligus kurangkan keberkesanan vaksin.

Sokongan logistik juga akan diperlukan untuk membantu menguruskan sejulah besar vaksin di negara-negara miskin.

Dos vaksin dari United Kingdom adalah jenis AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Janssen, Moderna dan beberapa yang lain.

Related posts

Leave a Comment