Sembilan kes masuki fasa endemik

BERAKAS 15 Dis. – Negara Brunei Darussalam (NBD) hari ini memasuki fasa endemik dengan merekodkan sembilan kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 15,372.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan kes berbanding semalam, NBD mencatatkan satu kes Covid-19,  angka terendah sejak gelombang kedua penularan wabak tersebut menular pada awal Ogos tahun ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar pada sidang media hari ini berkata, kes jangkitan hari ini adalah hasil daripada 3,781 ujian makmal yang dijalankan dalam tempoh 24 jam.

Tiada kes dalam kategori 4 dan satu kes kategori 5 dilaporkan manakala tiada kematian direkodkan.

Sebanyak 19 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15,046 orang dengan jumlah kes aktif sebanyak 226.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 94.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, 90.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi dan 3.9 peratus telah menerima dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment