33 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 16 Dis. – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 33 lagi kematian akibat Covid-19 setakat tengah malam tadi, dengan empat daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut KKM, kes kematian semalam menyumbang kepada 30,989 kes kematian akibat Covid-19 setakat ini di Malaysia, dengan 6,270 mangsa adalah kes BID.

Tujuh kematian dilaporkan di Terengganu diikuti Kelantan dan Selangor masing-masing lima, Perak dan Kuala Lumpur masing-masing empat, Johor dan Kedah masing-masing tiga serta dua di Pahang.

Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Bagi kematian kategori BID, dua daripadanya direkodkan di Kelantan dan masing-masing satu di Johor dan Selangor.

Related posts

Leave a Comment