Johnson ulangi gesaan ambil penggalak

LONDON 16 Dis. – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengulangi gesaan supaya rakyatnya mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 susulan penularan varian Omicron ke seluruh negara itu.

Johnson memberitahu pemberita di Downing Street bahawa kemasukan ke hospital akibat virus itu meningkat 10 peratus secara nasional dari minggu ke minggu dan peningkatan hampir satu pertiga di London.

Gelombang Omicron terus melanda seluruh United Kingdom dengan lebih 78,000 kes Covid-19 hari ini, jumlah harian tertinggi pernah dilaporkan.

Johnson bimbang melihat peningkatan kemasukan ke hospital sebanyak 10 peratus secara nasional minggu demi minggu dan meningkat hampir satu pertiga di London.

Beliau mengumumkan lebih 78,000 kes disahkan pada Rabu iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah dilaporkan.

Katanya, semua individu yang berumur 18 tahun ke atas akan ditawarkan suntikan vaksin ketiga menjelang akhir bulan ini sebagai tindak balas kepada varian Omicron.

Lebih daripada 80 peratus individu berumur 12 tahun dan ke atas di Britain telah menerima dua dos vaksin dan 40 peratus orang dewasa telah mendapat tiga dos.

Related posts

Leave a Comment