Penurunan kes di Malaysia

PUTRAJAYA 15 Dis. – Kes harian Covid-19 di negara ini kembali berada di bawah paras 4,000 apabila merekodkan 3,900 kes setakat pukul 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini terdapat 2,703,140 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Semalam Malaysia merekodkan 4,097 kes berbanding sebelumnya 3,504 (13 Dis.) dan 3,490 (12 Dis.).

Read More

Peningkatan kes di NSW Australia

SYDNEY 15 Dis. – Negeri paling ramai penduduk di Australia, New South Wales, mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi Covid-19 dalam masa lebih dari dua bulan ketika pihak berkuasa cuba memerangi varian Omicron yang pantas menular. Ini meskipun New South Wales membuat persiapan untuk menarik semula hampir kesemua sekatan. Semalam negeri itu merekodkan 804 jangkitan baharu dalam masa 24 jam sehingga 8 malam, peningkatan 50 peratus dari hari sebelumnya. Bagaimanapun jumlah itu meningkat kepada 1,360 hari ini dengan satu kematian. Dalam usaha mengekang penularan Omicron, kerajaan Australia memutuskan untuk mengurangkan tempoh…

Read More

Pelitup muka wajib di England

PELITUP muka diwajibkan di semua tempat awam tertutup di England berikutan penggubal undang-undang Britain meluluskan peraturan-peraturan baharu berkaitan Covid-19 bagi mengekang penularan varian Omicron. Usul itu diluluskan dengan 441 undi menyokong, manakala 41 undian menolak. Selain itu, turut dipersetujui, pengenalan pas Covid-19 ketika acara besar diadakan di England yang menerima 269 undi menyokong dan 126 undi menolak. Ia menghendaki bukti vaksinasi atau keputusan negatif ujian saringan Covid-19 ditunjukkan sebelum seseorang dibenarkan memasuki kelab malam atau acara yang melibatkan kelompok yang ramai dan sesak. Bagaimanapun Perdana Menteri Boris Johnson berdepan tekanan…

Read More

Itali lanjut darurat hingga 31 Mac

ROM: Kerajaan Itali meluluskan dekri untuk melanjutkan tempoh darurat yang sepatutnya berakhir 31 Disember ini kepada tiga bulan lagi sehingga 31 Mac 2022 berikutan pandemik Covid-19. Dekri itu membolehkan kerajaan pusat mengekalkan sekatan antivirus terkini yang dilaksanakan untuk membendung gelombang pandemik keempat ketika cuti Krismas dan Tahun Baharu. Antara peraturan yang ditetapkan adalah  mewajibkan “pas hijau khas” untuk masuk ke tempat awam seperti restoran dan bar, pawagam, gim, kelab malam dan stadium sekurang-kurangnya dari 6 Disember hingga 15 Januari. Pas khas itu menunjukkan bukti seseorang telah divaksin atau pulih daripada…

Read More

3.9 juta individu terima dos penggalak

PUTRAJAYA 15 Dis. – Jumlah penerima dos penggalak meningkat kepada 3,944,858 orang setakat ini termasuk 152,707 dos yang diberikan semalam. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW, secara keseluruhan sebanyak 161,828 dos vaksin harian diberikan semalam. Sebanyak 97.4 peratus atau 22,794,361 populasi dewasa sudah lengkap mendapatkan vaksin masing-masing manakala 98.7 peratus atau 23,107,125 sudah menerima satu dos. Manakala 78.2 peratus atau 25,522,460 individu populasi keseluruhan sudah lengkap mendapatkan dua dos vaksin dan 79.5 peratus atau 25,935,479 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu, bagi populasi remaja dan kanak-kanak berusia 12 hingga 17…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.93

PUTRAJAYA 14 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.93 berbanding 0.94 pada hari sebelumnya. Tiga belas negeri merekodkan kadar lebih tinggi dengan Negeri Sembilan merekodkan 1.02 diikuti Pahang dan Melaka masing-masing merekodkan 1.01, dan Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing 1.00. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu masing-masing merekodkan 0.98, Selangor 0.97, Perak 0.97, Kelantan 0.96 dan Kedah 0.93. Negeri-negeri yang merekodkan di bawah 0.93 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.87, Sabah 0.86 dan Sarawak 0.76.

Read More

Indonesia tambah 190 kes baharu

JAKARTA 14 Dis. – Indonesia merekodkan 190 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini sebanyak 4,110,574 orang dengan kes aktif 4,905. Sebanyak 247 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,110,574 orang pulih daripada jangkitan. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan jumlah kumulatifnya mencapai 143,960 orang. Sementara itu, lima provinsi dengan kes tertinggi adalah Jawa Barat yang menambah 39 kes dan kumulatifnya 708,396, diikuti Jawa Timur 27 (399,769), Jakarta 20 (864,426), Jawa Tengah 16 (486,658) dan Kalimantan Barat 10 (41,621).…

Read More

Singapura kesan 16 kes Omicron

SINGAPURA 14 Dis. – Singapura mengesahkan lapan kes baharu Omicron hari ini manakala enam kes Omicron awal yang dilaporkan sebelum ini juga disahkan menerusi penjujukan genomik. Pengerusi bersama pasukan petugas pelbagai kementerian (MTF) mengenai Covid-19 republik itu, Gan Kim Yong berkata, setakat ini Singapura mengesan 16 kes varian Omicron, melibatkan 14 kes import dan dua kes tempatan. Katanya, virus Omicron kini dikesan di lebih 60 negara di seluruh dunia dan dijangka akan terus merebak ke banyak negara lain dari semasa ke semasa. “Kami akan terus memantau rapat situasi global,” kata Gan…

Read More