Kes di Thailand meningkat semula

BANGKOK 15 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan semula apabila merekodkan 3,370 kes baharu berbanding 2,862 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,178,276.

Pada masa yang sama 29 kematian dilaporkan berbanding 37 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 21,260 orang meninggal dunia.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,259 adalah kes dalam kalangan penduduk awam dan 111 dalam kalangan banduan penjara.

Bangkok merekodkan 583 kes baharu diikuti Chon Buri 172, Nakhon Si Thammarat 150, Samut Prakan 140, Songkhla 135, Pattani 117, Surat Thani 97, Chiang Mai 89,

Prachin Buri 76 dan Trang 71.

Kes import pula adalah dari Kemboja (2), Amerika Syarikat (2), Ethiopia (1), Malaysia (2), Perancis (2), Findland (1), Jerman(1), Norway (2), Belgium (1), United Kingdom (3), Australia (1), Denmark (1) dan  Switzerland (1).

Semalam, sebanyak 46,315 pesakit menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 1,018 pesakit kritikal, dan 277 bergantung kepada ventilator.

Pada masa yang sama, sebanyak 4,557 Covid-19 pesakit dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 2,110,701 orang.

Related posts

Leave a Comment