Filipina tambah 237 kes baharu

MANILA 15 Dis. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 237 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,836,915.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 565 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,776,273 orang pulih daripada Covid-19.

Sementara itu jumlah kematian meningkat kepada 50,449 orang apabila 100 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif pula turun sedikit kepada 10,193 berbanding 10,526 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment