Syor dos penggalak kedua

PUTRAJAYA 12 Mei – Jawatankuasa Kerja Teknikal Kementerian Kesihatan mengesyorkan pemberian dos penggalak kepada individu berumur 60 tahun dan ke atas boleh dibuat secara sukarela dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima suntikan dos penggalak pertama. Individu 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk seperti penyakit kronik jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan lain-lain pula boleh ditawarkan dos penggalak kedua dalam tempoh sama selepas menerima dos penggalak pertama dan berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini memaklumkan, remaja berumur 12 hingga 17…

Read More

Jumlah kes harian lepasi 3,000

PUTRAJAYA 12 Mei – Selepas tiga hari berturut-turut, Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 melepasi angka 2,000, jumlah jangkitan baharu semalam meningkat kepada 3,321 kes. Kelmarin jumlah kes yang direkodkan adalah 2,605 dan dua hari sebelumnya sebanyak 2,246 dan 2,153. Menurut laman sesawang COVIDNOW, kes baharu membabitkan 3,311 penularan tempatan dan 10 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,467,061 kes. Setakat semalam, negara mempunyai 24,850 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 94.1 peratus atau 23,385 kes sedang menjalani…

Read More

Lima pelajar rentung dalam nahas

KUALA KANGSAR 12 Mei – Lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, tengah malam tadi. Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, berasal dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak. Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasun…

Read More

Arab Saudi catat 642 kes baharu

RIYADH 12 Mei – Arab Saudi merekodkan 642 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 757,191 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak empat lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 9,108 orang. Jumlah kes aktif pula adalah 5,156 manakala  kes sembuh yang direkodkan adalah 145, yang membawa kepada jumlah keseluruhan 742,927 atau 97 peratus daripada pesakit pulih sepenuhnya. MoH juga melaporkan sebanyak 22,893 ujian PCR dilakukan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 42,049,904 menjalani ujian itu. Sementara itu, sebanyak 64,742,488 dos vaksin telah didaftar.

Read More

98.8 % dewasa terima dos penggalak

PUTRAJAYA 12 Mei – Sebanyak 23,245,293 atau 98.8 peratus golongan dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 22,969,986 atau 97.6 peratus melengkapkan dua dos setakat semalam. Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 16,053,311 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak termasuk 3,230 yang tampil semalam. Sebanyak 976,336 atau 27.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,580,723 kanak-kanak atau 44.5 peratus daripada kumpulan itu telah…

Read More

Kes pertama Covid-19 Korea Utara

PYONGYANG 12 Mei – Korea Utara mengesahkan wabak Covid-19 pertama di negara itu hari ini, apabila media kerajaan melaporkan sub varian Omicron yang sangat mudah merebak dikenali BA.2 dikesan di Pyongyang. Menurut media kerajaan, terdapat insiden kecemasan terbesar di negara ini selepas lebih dua tahun mengekang penularan wabak berkenaan. Laporan itu berkata, individu di Pyongyang dijangkiti virus Omicron, bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai angka kes atau kemungkinan sumber jangkitan. Laporan itu diterbitkan ketika pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mempengerusikan mesyuarat Parti Pekerja untuk membincangkan tindak balas terhadap wabak…

Read More

Kadar kebolehjangkitan melonjak 1.05

PUTRAJAYA 12 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di seluruh negara terus melonjak melebihi paras 1.00 iaitu 1.05 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam berbanding 0.90 kelmarin. Mengikut rekod, kenaikan mendadak bermula pada 7 Mei lalu dengan kadar 0.54 diikuti hari berikutnya 0.64 dan pada 9 Mei 0.76. Bagaimanapun hanya satu negeri merekodkan kadar Rt tertinggi mengatasi kadar kebangsaan iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merekodkan 1.11. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya berkata, kadar Rt di Pulau Pinang pula ialah 0.91, Melaka 0.90, Kelantan dan…

Read More

Singapura catat 3,890 kes

SINGAPURA 11 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,890 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,716 jangkitan tempatan dan 174 kes import. Ini meningkat jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,228,914 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,358 orang termasuk dua kematian yang dilaporkan hari ini. Sebanyak 3,495 kes baru Protokol 2 dilaporkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes Ini terdiri daripada 3,343 jangkitan tempatan dan 152…

Read More