Kadar kebolehjangkitan melonjak 1.05

PUTRAJAYA 12 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di seluruh negara terus melonjak melebihi paras 1.00 iaitu 1.05 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam berbanding 0.90 kelmarin.

Mengikut rekod, kenaikan mendadak bermula pada 7 Mei lalu dengan kadar 0.54 diikuti hari berikutnya 0.64 dan pada 9 Mei 0.76.

Bagaimanapun hanya satu negeri merekodkan kadar Rt tertinggi mengatasi kadar kebangsaan iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya yang merekodkan 1.11.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya berkata, kadar Rt di Pulau Pinang pula ialah 0.91, Melaka 0.90, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing 0.85.

Ini diikuti Kedah dan Pahang masing-masing 0.82, Negeri Sembilan 0.81, Perak 0,80, Sabah dan Johor masing-masing 0.79, Terengganu 0.76, Sarawak 0.71 dan Selangor 0.63.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 14 kes dan Perlis sembilan kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment