WASHINGTON: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin ASEAN di Rumah Putih sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS selama dua hari di sini bermula semalam. Pertemuan bersejarah ini dilihat sebagai titik permulaan untuk membawa impak positif terhadap hubungan diplomatik, dagang dan ekonomi kepada Malaysia. Ismail Sabri turut menekankan kepaksian ASEAN dalam kerjasama ASEAN-AS di sidang kemuncak itu, selain berharap semoga sidang kemuncak khas ini akan menjadi landasan strategik bagi ASEAN dan AS mengkaji serta meneroka bidang kerjasama pragmatik bagi memperkukuh kerjasama sedia ada. Ismail Sabri…
Read MoreKes minggu HFMD lebihi paras amaran
SHAH ALAM 13 Mei – Sebanyak 6,748 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh Selangor dengan bilangan kes mingguan melebihi paras amaran setakat 7 Mei lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Sha’ari Ngadiman. Daripada bilangan tersebut, empat peratus daripadanya dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan lanjut dan selebihnya menerima rawatan pesakit luar. Pada masa sama, terdapat 118 kluster HFMD dilaporkan dengan 95 peratus daripadanya melibatkan kluster di taska atau tadika serta pusat jagaan harian. Dalam kenyataan medianya, beliau berkata tiada kematian dilaporkan. Dr Sha’ari berkata trend peningkatan…
Read More993,652 kanak-kanak lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 13 Mei – Sebanyak 15,271 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun tampil melengkapkan vaksinasi mereka semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids). Ini menjadikan 993,652 atau 28 peratus kanak-kanak dalam kumpulan usia itu lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat semalam. Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,596,416 kanak-kanak atau 45 peratus daripada kumpulan yang sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk 15,784 orang yang mendapatkan suntikan semalam. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,901,725 atau 93.3 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,999,490 atau 96.4 peratus…
Read MoreBerita pilihan….
Kadar kebolehjangkitan 1.14
PUTRAJAYA 13 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara terus melonjak semalam apabila merekodkan bacaan 1.14 berbanding 1.05 kelmarin. Bagaimanapun tiada negeri mengatasi atau menyamai angka itu kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya yang 1.09. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya berkata, kadar Rt di Melaka pula ialah 0.94, Kelantan 0.92, Pulau Pinang 0.91, Kuala Lumpur 0.87 dan Sabah 0.85. Ini diikuti Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing 0.83, Perak dan Johor masing-masing 0.82, Pahang 0.81, Terengganu 0.78, Selangor dan Sarawak masing-masing 0.71. Sementara itu Wilayah Persekutuan…
Read MoreKelulusan bersyarat Evusheld 100 mg
PUTRAJAYA 13 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk Evusheld 100 miligram per milimiter (mg/ml) Solution For Injection (Tixagevimab 100 mg/ml dan Cilgavimab 100 mg/ml) keluaran Astrazeneca AB, Sweden. Kelulusan tersebut dibuat pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-372 yang bersidang semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah berkata produk itu digunakan sebagai pencegahan jangkitan Covid-19 berikutan pra-pendedahan Covid-19 kepada orang dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram. “Selain itu, ia juga digunakan ke atas…
Read MoreMedia Hari Ini 13.05.2022
3,645 kes baharu Singapura
SINGAPURA 12 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,645 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,232,559 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,498 adalah jangkitan tempatan dan 147 kes import manakala tiga kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,361 orang meninggal dunia. Menurut MoH, sebanyak 3,236 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada 3,111 jangkitan tempatan dan 125 kes import…
Read MoreSukan SEA 2021 Hanoi dirasmi
HANOI: Selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19, akhirnya Temasya Sukan SEA 2021 yang memasuki edisi ke-31 dibuka secara rasmi dalam suasana penuh gemilang dan meriah di Kompleks Sukan Nasional My Dinh, di sini malam ini. Perasmian temasya dwi tahunan bertemakan ‘For a Stronger Southeast Asia’ itu berlangsung dengan persembahan menarik seperti tarian bunga teratai, diikuti tarian lukisan kayu rakyat Dong Ho yang mencerminkan kesenian masyarakat tempatan. Kontinjen negara yang diwakili 31 orang dengan diketuai, Nur Azmi Ahmad dan diiringi pembawa Jalur Gemilang yang juga penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri bergerak memasuki…
Read MoreTiada bukti gelombang baharu
SINGAPURA 12 Mei – Tiada bukti menunjukkan terdapat gelombang baharu di Singapura walaupun jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat kebelakangan ini, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung hari ini. Beliau mengakui jumlah kes dalam masyarakat sedang meningkat, tetapi tidak berganda sejak beberapa hari dan menyifatkannya sebagai “kenaikan kecil”. “Kenaikan itu juga sudah dijangkakan, memandangkan kita sudah melonggarkan hampir sepenuhnya sekatan ke atas kegiatan-kegiatan sosial sejak 26 April,” katanya melalui hantaran Facebooknya. Menurut beliau lagi, kebanyakan kes juga hanya menunjukkan gejala ringan dan pulih “tanpa sebarang masalah” di rumah manakala hospital-hospital dan…
Read More