Lagi kes import di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 13 Julai – Dua lagi kes import Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan 136 kes import setakat ini di Brunei Darussalam dan jumlah keseluruhan pula 277 orang dijangkiti.

Kedua-dua kes adalah warganegara Indonesia yang tiba di negara ini dari Jakarta, Indonesia pada 4 Julai lalu

Menurut Kementerian Kesihatan, kes ke-276 melibatkan seorang lelaki, berumur 43 tahun yang mengalami demam panas selama lima hari dan lemah-lemah badan selama satu hari.

Kes 277, pula seorang perempuan, berumur 34 tahun yang mengalami sakit perut, demam panas dan batuk selama tiga hari.

Penyiasatan dan pengesanan kontak mengesahkan tidak ada kontak terdekat bagi kedua-dua kes baharu ini memandangkan mereka dikuarantin sebaik saja tiba ke negara ini.

Menurut rekod, Brunei Darussalam mencatatkan kes tempatan terakhir pada 6 Mei 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan, 18 kes aktif masih menjalani rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan dan kesemuanua dalam keadaan yang baik.

Kes sembuh setakat ini seramai 256 orang manakala

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan kepada orang ramai mengenai Status Vaksinasi COVID-19, di mana seramai 1,352 menerima vaksinasi, pada 11 Julai 2021.

Manakala seramai 95,603 (21.1 peratus) penduduk menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment