33.2% kanak-kanak lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 2 Jun – Sebanyak 1,180,415 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 2,067 kanak-kanak mendapatkan dos kedua semalam manakala 364 lagi dos pertama menjadikan 1,728,942 atau 48.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,914,722 atau 93.7 peratus sudah lengkap divaksin, manakala 3,011,068 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Dalam…
Read MoreKes harian meningkat lagi
PUTRAJAYA 2 Jun – Hari pertama bulan keenam mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 1,809 kes berbanding 1,451 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,508,319. Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak lima kes import dilaporkan. Di samping itu, sebanyak 23,048 kes aktif dilaporkan di mana 22,052 sedang menjalani kuarantin di rumah manakala dua kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,678 orang meninggal dunia setakat semalam. Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 763 berbanding 665 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes…
Read MoreMedia Hari Ini 02.06.2022
Majlis Presiden PH tolak GST
KUALA LUMPUR 1 Jun – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang disifatkan sebagai membebankan rakyat. Dalam keadaan inflasi yang semakin tinggi, mereka menegaskan, rakyat amat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup manakala pendapatan isi rumah turut berkurangan akibat pandemik Covid-19. “Majlis Presiden PH tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk melaksanakan semula sistem GST. “Pengenalan semula GST bakal mengakibatkan harga barang meningkat dengan mendadak. Jika ditambah dengan masalah rantaian bekalan dan gaji tidak…
Read More3,577 kes baharu Singapura
SINGAPURA 1 Jun – Sebanyak 3,577 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan kes terkumpul sejak pandemik melanda meningkat kepada 1,306,871. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes harian itu terdiri daripada 3,413 jangkitan tempatan dan 164 kes import manakala jumlah kematian pula kekal 1,389 selepas tiada kematian baharu direkodkan. Sebanyak 3,211 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 3,065 kes tempatan dan 146 kes import…
Read MoreBN bawa acuan ‘Malaysia Asal’
KUALA LUMPUR 1 Jun – Kembali ke acuan ‘Malaysia Asal’ atau ‘The Original Malaysia’ berpandukan formula Barisan Nasional (BN), bukan retorik ‘Malaysia Baharu’ gagasan Pakatan Harapan (PH). Itu iltizam BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN pada masa sama akan melakukan penambahbaikan bagi memperbaiki segala kelemahan dan menjernihkan segala keterlanjuran lalu. Ini termasuk agenda pembaharuan institusi supaya prinsip tadbir urus yang baik, ketelusan dan pembasmian segala bentuk penyimpangan dan rasuah. Menurut Ahmad Zahid, selepas lebih empat tahun PRU-14 berlalu, gabungan itu…
Read MorePRU sebaik saja BN siap siaga
KUALA LUMPUR 1 Jun – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan sebaik sahaja Barisan Nasional (BN) sudah bersiap siaga di samping berbincang dengan pimpinan BN terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pilihan raya. “Kalau sudah bersiap siaga, saya tidak akan melewatkan sesaat pun PRU-15. Seperti yang dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO, perkara berkaitan pilihan raya akan dibincangkan bersama lima pimpinan tertinggi UMNO. Jadi kali ini saya bersetuju berbincang dengan pimpinan BN untuk menentukan tarikh pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika berucap pada Konvensyen BN di sini, hari ini. Perdana…
Read MoreKenapa perlu menang dan bagaimana?
KUALA LUMPUR 1 Jun – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan menggariskan tiga sebab kenapa BN mesti mengambil alih semula kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO turut menggariskan bagaimana BN harus melakukannya bagi mencapai matlamat itu. Mohamad dalam ucapan perasmian Konvensyen BN sempena ulang tahun BN ke-48 berkata BN perlu menang bagi memulihkan kembali negara, mengembalikan kestabilan politik, dan mencipta masa depan untuk generasi akan datang. “Pada saat kita berhimpun ini, rakyat di luar sana sedang sangat terbeban. Harga barang melambung naik…
Read MoreCipta semula gelombang jenama BN
KUALA LUMPUR 1 Jun – Anggota Barisan Nasional (BN) harus membaiki, mengukuh dan mencipta semula gelombang gelora jenama BN serta mengapa pentingnya untuk BN kembali memerintah dan bagaimana ia boleh dilakukan. Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata, perkara itu perlu diberi tumpuan dan diberi nafas baharu oleh seluruh anggota parti bagi mengecapi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Mohamad berkata PRU15 bakal menentukan masa depan BN dan untuk itu, parti harus diperkenalkan semula kepada masyarakat dengan tawaran-tawaran serta penampilan baharu. “Dahulu kita dalam BN berbelas-belas komponen. Bila kita kalah, kita cuma tinggal berempat.…
Read More