Kes harian meningkat lagi

PUTRAJAYA 2 Jun  – Hari pertama bulan keenam mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 1,809 kes berbanding 1,451 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,508,319.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak lima kes import dilaporkan.

Di samping itu, sebanyak 23,048 kes aktif dilaporkan di mana 22,052 sedang menjalani kuarantin di rumah manakala dua kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,678 orang meninggal dunia setakat semalam.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 763 berbanding 665 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,366,926 orang.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 386 kes berbanding 287 kelmarin, diikuti Perak 151 (73), Negeri Sembilan 140 (72) dan Pulau Pinang 113 (84).

Melaka merekodkan 64 kes (43), Wilayah Persekutuan Putrajaya 39 (22), Kedah 36 (45), Johor 38 (29), Sabah 28 (38), Sarawak 23 (44) dan Pahang 13 (13).

Negeri yang mencatatkan di bawah 10 kes pula adalah Kelantan 7 (15), Terengganu 7 (18) dan Perlis 5 (4), Wilayah Persekutuan Labuan 1 (1).

Related posts

Leave a Comment