33.2% kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 2 Jun – Sebanyak 1,180,415 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 2,067 kanak-kanak mendapatkan dos kedua semalam manakala 364 lagi dos pertama menjadikan 1,728,942 atau 48.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,914,722 atau 93.7 peratus sudah lengkap divaksin, manakala 3,011,068 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,100,274 atau 68.4 peratus individu dewasa di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak, sebanyak 22,975,123 atau 97.6 peratus sudah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,598 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 4,666 dos harian diberikan semalam meliputi 563 dos pertama, 2,557 dos kedua dan 1,546 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,947,904.

Related posts

Leave a Comment