WASHINGTON – Kewujudan lebih 900 halangan fizikal, merangkumi pos pemeriksaan, pintu-pintu pagar utama dan penutupan jalan menyebabkan operasi kemanusiaan di wilayah jajah di Tebing Barat berdepan kelewatan serta sekatan.
Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Daniela Gross De Almeida tindakan sekatan berkenaan membataskan laluan kemanusiaan menyebabkan golongan terjejas terputus daripada bantuan secukupnya.
Katanya , rakan kerjasama kemanusiaan PBB memberi amaran bahawa kerja bantuan kini perlahan serta terbatas disebabkan rangkaian melebihi 900 halangan.
Beliau juga menyatakan petugas kemanusiaan meneruskan usaha menyampaikan bantuan penting kepada penduduk di Semenanjung yang dikepung itu, meskipun terpaksa berdepan situasi tidak selamat serta kawalan ketat yang berterusan.
Nnn
