BATU PAHAT 4 Mac – Pakatan Harapan (PH) Johor akan menamakan menteri besar daripada kalangan mereka yang berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, kata Pengerusinya, Aminolhuda Hassan. Beliau berkata ketika ini fokus utama pucuk kepemimpinan adalah untuk memenangi PRN dan memanfaatkan tempoh berkempen yang berbaki lapan hari lagi. Katanya, PH tidak berbincang lagi calon jawatan menteri besar dalam parti komponen yang ada kerana perkara yang lebih penting untuk dibincangkan adalah mencapai kemenangan di Johor pada PRN kali ini. Menurut Aminolhuda, meletak seseorang sebagai calon pentadbir negeri, memerlukan perbincangan…
Read MoreCategory: PRN JOHOR
Syed Saddiq pencadang calon DAP
JOHOR BAHRU 26 Feb. – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman muncul di pusat penamaan calon hari ini tetapi bukan sebagai calon sebaliknya pencadang kepada calon DAP. Beliau yang tidak bertanding mana-mana kerusi menjadi pencadang kepada Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling. Kedua-dua pemimpin politik itu tiba di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Baru, pada pukul 9.05 pagi. Ketika ditanya mengenai kehadiran Syed Saddiq, Chin Tong berkata Presiden Muda itu…
Read MoreCalon termuda bukan dari Muda
JOHOR BAHRU 26 Feb – Calon paling muda yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah dari Barisan Nasional (BN) dan Pejuang, bukannya daripada kalangan calon parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda). Kelly Chye Pei Yee, yang berusia 26 tahun adalah calon BN – MCA yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol. Seorang lagi calon muda adalah calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi DUN Tangkak, Muhammad Airel Zabridin, juga berusia 26 tahun. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh berkata, calon tertua pula ialah…
Read More239 calon rebut 56 kerusi DUN Johor
JOHOR BAHRU 26 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 239 calon daripada pelbagai parti politik dan individu dalam PRN Johor selepas 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri ini ditutup pukul 10 pagi ini. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata sejumlah 223 calon adalah daripada 10 parti politik dan 16 calon Bebas layak bertanding pada PRN Johor, 12 Mac ini serta tiada calon ditolak. “Daripada jumlah itu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mempertaruhkan 56 calon, manakala Pejuang menghantar 42 calon serta 30 calon dari Pakatan Harapan…
Read MoreWarisan tanding 6 kerusi
JOHOR BAHRU 25 Feb. – Parti Warisan Sabah (Warisan) mengumumkan akan bertanding enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. Presidennya, Mohd Shafie Apdal, berkata kerusi yang akan ditandinginya adalah Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas. Katanya, penyertaan Warisan bertanding enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di PRN Johor sebagai persediaan parti bertapak di Johor. Bagaimanapun katanya, calon yang dikemukakan ini adalah berkelayakan dan terbaik. Mereka adalah Hishamuddin Busri (Pekan Nanas), Sandara Segaran Arumugam (Bekok), Mohamed Noor Suleiman (Mahkota), Chen Hain Kai (Johor…
Read MoreUMNO 37, MCA 15, MIC 4
JOHOR BAHRU 24 Feb. – Barisan Nasional (BN) membariskan lebih 70 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Mac ini, sekali gus menjadi penanda aras baharu pemilihan calon bagi parti itu dalam menghadapi pilihan raya selepas ini. Pengerusinya Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN turut menggunakan konsep WALI yang menggariskan tiga elemen iaitu ‘winnable’, ‘acceptable’ dan ‘likeable’ dalam menentukan calon bagi PRN Johor. “Lebih 80 peratus calon PRN Johor juga berusia 55 tahun ke bawah, manakala 80 peratus calon berkelulusan akademik serta profesional,” katanya pada majlis pengumuman calon BN, di…
Read MoreWarisan sekadar beri pilihan
KULAI 23 Feb. – Parti Warisan mengumumkan Bukit Batu sebagai kerusi pertama untuk dirandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memberi pilihan kepada rakyat negeri itu, bukannya bagi membentuk kerajaan. Presidennya Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan mahu menjadi pembangkang yang kuat dan bilangan serta kerusi selebihnya yang akan ditandingi, akan diumumkan sebelum hari penamaan calon yang berbaki tiga hari lagi. “Kita akan bertanding dalam Johor, mungkin tidak banyak kerusi, tetapi sasaran kita adalah untuk menjadi pembangkang yang kuat di Johor. Kita akan mulakan kebangkitan rakyat di negeri ini sebelum…
Read MorePejuang tanding 42 kerusi PRN Johor
PUTRAJAYA 23 Feb. – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan. Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, berkata keputusan itu dibuat berasaskan kehendak rakyat dan kesesuaian komposisi pengundi. Katanya, Pejuang mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat pemilihan calon yang bakal mewakili parti itu pada PRN Johor, antaranya ada sesetengah kerusi DUN tidak sesuai dengan Pejuang. “Pejuang ini parti Melayu. Kalau kawasan itu dominasi bukan Melayu, agak sukar bagi kita. Kita tak mahu tunjuk kita tamak, nak…
Read MorePKR selesai senarai 20 calon
JOHOR BAHRU 20 Feb. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengumumkan senarai 20 calon untuk 20 daripada 56 kerusi yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan pada 12 Mac depan. Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan tujuh calon terakhir parti itu pada satu majlis di Dewan Serbaguna Kampung Kopok Baru, Pasir Gudang. Mereka adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang Khairuddin A Rahim, yang dicalonkan bertanding di kerusi DUN Rengit. Turut diumum sebagai calon ialah Naib Ketua Wanita PKR Johor Haryati Abu Nasir, yang akan…
Read MoreMenang dulu, calon MB kemudian
JOHOR BAHRU 11 Feb. – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu memberi tumpuan penuh memenangkan calonnya terlebih dahulu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac nanti sebelum menamakan calon Menteri Besarnya. Presidennya, Mukhriz Mahathir, berkata menamakan calon Menteri Besar bukanlah keutamaan parti ketika ini, sebaliknya strategi terbaik untuk meyakinkan pengundi terhadap Pejuang adalah lebih penting. “Tidak ada gunanya kita menamakan seorang calon Menteri Besar tapi tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan. Itulah yang berlaku kepada Pakatan Harapan (PH) pada November lalu (PRN Melaka) dan kita tidak mahu ulangi kesilapan sama.…
Read More