Karya manusia layak terima Akademi

LOS ANGELES – Hanya lakonan dan penulisan yang dilakukan oleh manusia akan layak dipertimbangkan untuk memenangi Anugerah Akademi Seni Filem dan Sains Sinematik (Academy of Motion Picture Arts and Sciences).

Akademi menyatakan bahawa pencalonan Oscar bagi kategori lakonan dan penulisan hanya akan diberikan kepada karya yang “jelas dilaksanakan oleh manusia”, manakala skrip pula mestilah “ditulis oleh manusia”.

Akademi menegaskan bahawa hanya lakonan dan penulisan yang dilakukan oleh manusia akan layak dipertimbangkan untuk memenangi Anugerah Akademi.

Dalam peraturan kelayakan terbaharu yang diumumkan pada Jumaat, Akademi menyatakan bahawa pencalonan Oscar bagi kategori lakonan dan penulisan hanya akan diberikan kepada karya yang “jelas dilaksanakan oleh manusia”, manakala skrip pula mestilah “ditulis oleh manusia”.

Akademi menyifatkan pindaan itu sebagai perubahan ketara kepada peraturan Oscar, dan menandakan kali pertama keperluan khusus mengenai unsur kemanusiaan dalam lakonan dan penulisan dinyatakan secara jelas.

Keputusan itu dibuat susulan peningkatan ketara penggunaan AI dalam pembikinan filem sejak kebelakangan ini, termasuk usaha mencipta semula atau menggantikan hasil kerja manusia.

Antara contoh terkini ialah penggunaan teknologi AI untuk menghidupkan semula pelakon Val Kilmer, yang meninggal dunia pada 2025, bagi membintangi sebuah filem akan datang.

Related posts

Leave a Comment