Kadar kebolehjangkitan naik 0.99

PUTRAJAYA 7 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara meningkat kepada 0.99 semalam berbanding 0.98 pada hari sebelumnya dengan lapan negeri menyamai atau melepasi nilai itu.

Perlis kekal mencatatkan Rt tertinggi dengan 1.13 berbanding 1.12 sebelumnya diikuti Melaka, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing dengan nilai 1.00.

Empat negeri lagi mencatatkan kadar yang menyamai purata kebangsaan itu 0.99 iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Negeri-negeri lain merekodkan kadar di bawah 0.99 iaitu Kedah 0.98, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu masing-masing 0.97 diikuti Kelantan 0.94, Sabah 0.91, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.89 dan Sarawak 0.74.

Related posts

Leave a Comment